بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Blog ini adalah bertujuan untuk aku menceritakan pengalaman hidup aku untuk rujukan aku dan warisku pada masa akan datang. Aku harap medium ini dapatlah dijadikan kenangan yang boleh dibaca oleh orang-orang disekelilingku pabila aku sudah tiada

March 15, 2023

Narcissistic

Salam,

Semalam masa aku kat office, tengah lapang tak da buat apa-apa, aku layan tiktok. Ada satu posting ni owner tiktok bercakap pasal narcissistic person ni. Katanya elakkan atau tinggalkan orang yang ada ciri-ciri narcisisstic. Tapi point-point yang ditujukan banyak kepada pihak lelaki. Aku jadi musykil, lelaki je ke ada penyakit ni? kalau diikutkan definition narcissistic ni berkaitan mental disorder. So, benda ni sebenarnya boleh jadi kat sesiapa. Bukan lelaki je.


Melalui posting tiktok tu, katanya orang yang ada Narcissistic ni seorang yang suka melakukan kekerasan pada pasangan tapi bila lepas gaduh, dia akan bagi love bomb pada pasangan tu balik. Dan benda ni akan berulang-ulang. Sakitkan - love bomb - sakitkan - love bomb sampai la pasangan tu pulak yang sakit mental. 


Mengikut fahaman aku, Narcissistic ni bukan sekadar menyakitkan dari segi fizikal, mental pun boleh jadi. Contoh orang yang ada penyakit ni akan selalu mental abuse pasangan dia sampai pasangan dia rasa tak tahan dah dan nak berpisah. Lepas tu dia akan berbaik balik dan bagi kasih sayang yang buat pasangan tu rasa nak berbelah bagi untuk berpisah. Tika sudah melupakan hasrat untuk berpisah, Narcissistic ni akan ulang balik mental abuse pasangan dia dan berulang lagi lah kisah ini.
Orang selalu nampak wanita insan yang lemah, tidakkah kalian tahu para lelaki juga mempunyai perasaan? Dan para wanita juga ada yang suka mengguris perasaan itu. Tak semua gagah, ada yang lemah. Ada yang dulunya gagah, sekarang lemah. Menunggu masa untuk rebah.



......................................................................................................................................................................


 Salam...



Introduction of Me

 Salam,

5 minit aku termenung, patutkah aku reveal nama aku atau aku stay anonymous untuk blog kali ini? Ya ini bukan blog aku yang pertama. aku pernah ada dan masih ada blog yang lain yang dulunya aku berkongsi ilmu. Setelah kali terakhir aku post sesuatu dalam blog tu pada tahun 2017, semalam 15 mac 2023 aku terniat untuk menulis kembali. Tetapi aku tak mau kembali menulis dalam blog aku yang sedia ada demi untuk mengelakkan perubahan konsep blogging aku itu. Jadi aku buka blog yang baru, khusus untuk aku meluahkan semua yang tersimpan di hati dan fikiran.

Jika aku kenalkan diri aku yang sebenar, aku dengan secara langsung sedang membuka cerita tentang diri aku yang pada zahirnya bukanlah diri aku yang sebenar. Sebabnya? aku seorang yang sering memendam rasa. Dengan penulisan blog ini lah aku dapat berkongsi segala rasa ku. Dengan itu aku buat keputusan untuk tidak mendedahkan diri aku yang sebenar. TETAPI, jika ada yang membaca penulisan aku ni dan dapat meneka siapa diri aku, aku sudah bersedia dan terima seadanya. 

Kenapa aku decide nak buat blog ni?

aku sudah berkahwin, mempunyai seorang anak yang comel. Sejak anak aku lahir, kisah kelahirannya sangat berbeza berbanding orang lain. Ia mungkin salah satu saat yang tak mungkin aku lupa sampai aku mati, tetapi perancangan Allah itu lebih baik, jika ditakdirkan aku hilang ingatan, sekurangnya aku dapat kembali membaca kisah kelahiran itu melalui blog ini. Selain tu, macam yang aku cakap tadi, aku seorang yang lebih prefer untuk memendam rasa. Bukan berdendam tetapi aku suka simpan perasaan aku. Sebab bagi aku tak da satu orang pun dalam dunia ini buat masa ini yang aku boleh ceritakan perihal aku. Bukan bermaksud aku tak percaya sesiapa pun. Tapi aku segan/malu untuk bercerita secara personal. Jadi, dengan penulisan ini, aku harap dapat meluahkan setiap apa yang aku rasa. 

Aku cuba jadikan blog ini seakan diari hidup aku. Tapi bergantung kepada kelapangan diri aku untuk menulis. Seperti yang aku beritahu tadi, aku sudah berkahwin, dengan isteri aku sendiri pun aku jarang berkongsi, jadi aku tak mahu dia tahu aku berkongsi di sini. Aku juga akan ceritakan sedikit sebanyak peristiwa lalu untuk dijadikan kenangan di masa hadapan.