Salam,
5 minit aku termenung, patutkah aku reveal nama aku atau aku stay anonymous untuk blog kali ini? Ya ini bukan blog aku yang pertama. aku pernah ada dan masih ada blog yang lain yang dulunya aku berkongsi ilmu. Setelah kali terakhir aku post sesuatu dalam blog tu pada tahun 2017, semalam 15 mac 2023 aku terniat untuk menulis kembali. Tetapi aku tak mau kembali menulis dalam blog aku yang sedia ada demi untuk mengelakkan perubahan konsep blogging aku itu. Jadi aku buka blog yang baru, khusus untuk aku meluahkan semua yang tersimpan di hati dan fikiran.
Jika aku kenalkan diri aku yang sebenar, aku dengan secara langsung sedang membuka cerita tentang diri aku yang pada zahirnya bukanlah diri aku yang sebenar. Sebabnya? aku seorang yang sering memendam rasa. Dengan penulisan blog ini lah aku dapat berkongsi segala rasa ku. Dengan itu aku buat keputusan untuk tidak mendedahkan diri aku yang sebenar. TETAPI, jika ada yang membaca penulisan aku ni dan dapat meneka siapa diri aku, aku sudah bersedia dan terima seadanya.
Kenapa aku decide nak buat blog ni?
aku sudah berkahwin, mempunyai seorang anak yang comel. Sejak anak aku lahir, kisah kelahirannya sangat berbeza berbanding orang lain. Ia mungkin salah satu saat yang tak mungkin aku lupa sampai aku mati, tetapi perancangan Allah itu lebih baik, jika ditakdirkan aku hilang ingatan, sekurangnya aku dapat kembali membaca kisah kelahiran itu melalui blog ini. Selain tu, macam yang aku cakap tadi, aku seorang yang lebih prefer untuk memendam rasa. Bukan berdendam tetapi aku suka simpan perasaan aku. Sebab bagi aku tak da satu orang pun dalam dunia ini buat masa ini yang aku boleh ceritakan perihal aku. Bukan bermaksud aku tak percaya sesiapa pun. Tapi aku segan/malu untuk bercerita secara personal. Jadi, dengan penulisan ini, aku harap dapat meluahkan setiap apa yang aku rasa.
Aku cuba jadikan blog ini seakan diari hidup aku. Tapi bergantung kepada kelapangan diri aku untuk menulis. Seperti yang aku beritahu tadi, aku sudah berkahwin, dengan isteri aku sendiri pun aku jarang berkongsi, jadi aku tak mahu dia tahu aku berkongsi di sini. Aku juga akan ceritakan sedikit sebanyak peristiwa lalu untuk dijadikan kenangan di masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment