Salam
16 Mac aku start menulis kat sini, hari ni 11 april, belum pun cukup sebulan dan aku dah ubah fikiran. Berkenaan reveal identiti aku. Sebelum ni aku rasa tak nak reveal identiti aku tapi hari ni aku rasa tak menjadi masalah pun bagi aku memandangkan tujuan utama pembikinan blog ini adalah lebih kepada diari digital diri aku untuk rujukan masa akan datang. macam mana nak tulis tentang diri sendiri tanpa dedahkan identiti? so, hari ini aku nak cerita serba sedikit tentang nama pena aku " Axe".
Puncanya Adalah Abang X
semuanya bermula pada tahun 2008, aku masa tu tingkatan 1, aku bersekolah di SMK King Edward VII, Taiping, Perak. Kisah macam mana aku masuk sekolah ni pun akan aku cerita nanti. Masa aku di sekolah ni, aku stay kat asrama dan ada seorang pelajar tingkatan 6 bawah, baru masuk ke asrama masa tu. dia selalu lepak kat dorm aku. selalu jugak cerita pengalaman dia bersekolah di SMKA Kerian. Lebih kepada cerita-cerita mistik yang dia pernah dengar atau lalui. nama dia Akmal. tapi aku panggil dia abang X. aku tak pernah tanya kenapa orang panggil dia X tapi aku assume datang dari nama akmal tu. AKmal = AK = X.
Aku Join Kem
tahun 2009 aku join Kem Remaja Bestari anjuran TNB peringkat negeri-negeri zon utara. kem ni bertempat di politeknik seberang perai. kebiasaan bagi TNB untuk anjurkan kem macam ni untuk pelajar-pelajar yang tahun hadapannya akan menghadapi peperiksaan besar. so, student darjah 5, tingkatan 2 dan tingkatan 4 berpeluang untuk join. Untuk kes aku, aku akan menduduki pmr pada tahun 2010, jadi pada tahun 2009 aku boleh join kem ni. dan untuk pengetahuan semua, kem ni khusus untuk anak-anak staff TNB. tapi ada jugak pelajar lain yang dijemput contohnya untuk kem kali ni ada anak-anak yatim yang dijemput.
bila sebut saja kem, macam biasa mesti ada grouping, aktiviti-aktiviti kebiasaan untuk kem yang melibatkan kumpulan. setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang ahli yang mana 8/9 dari 10 ahli itu dari batch yang sama dan baki lagi 1 atau 2 orang lagi adalah anak yatim yang join program ni. ditakdirkan dalam kumpulan aku tu ada 2 orang nama Faiz. iaitu aku, dari TNB Taiping, Perak dan seorang lagi dari TNB Alor Setar, kedah. Masa giliran untuk perkenalkan diri tu, faiz dari kedah tu minta orang panggil dia dengar nama Pa'it. sebenarnya nama Pa'it tu pun nama panggilan aku bila aku balik ke kampung aku di kedah. Bila sampai giliran aku untuk kenalkan diri, aku nak kan kelainan sedikit, alang-alang tak da siapa pun kenal aku dalam group tu. aku kenalkan diri aku sebagai AXE. sempena nama abang form 6 kat asrama aku, cumanya aku ubah sedikit ejaan sempena brand deodorant jenama AXE yang aku biasa dengar dalam iklan TV.
sepanjang program tu berlangsung, semua ahli kumpulan aku panggil aku dengan nama axe. mula-mula agak kekok sebab dari kecil aku dah biasa orang panggil dengan nama sebenar aku, Faiz. bahkan nama kedua aku pun tak da orang panggil seumur hidup aku kecuali mama aku. itu pun masa aku kecik dulu. mama suka panggil aku dengan nama "cemat" yang di ambil dari nama akmal. tapi cemat tu juga datang dari perkataan "smart". berbalik kepada panggilan nama "axe", lama-kelamaan aku jadi biasa dengan panggilan tu.
Social Media
Walaupun sepanjang kem tu orang panggil aku dengan nama axe, panggilan tu tak berkekalan disebabkan kawan-kawan sekolah aku masih panggil nama sebenar aku. dan masa sekolah dulu aku ada nama panggilan lain, iaitu Badut. kenapa badut? nanti aku cerita bila aku sentuh topik sekolah nanti. Tahun 2008, masa tu kebanyakan orang memang dah mula aktif di media sosial contohnya Friendster, MySpace dan Facebook. Bagi aku yang bukanlah IT savvy sangat masa tu, dan akses internet jugak agak terbatas bagi aku masa tu, so aku tak la aktif ber media sosial. cumanya aku ada minta kawan baik aku untuk createkan account Myspace untuk aku. Bila nak create account ni kena ada email address. email pun aku tak pernah ada, aku minta kawan aku buatkan dengan nama faiz_bropoyo@yahoo.com. Sedang aku mula berjinak dengan MySpace, kawan-kawan aku pulak mula beralih ke Facebook. Satu hari aku create sendiri account facebook aku guna email yang sama. dari situ aku mula connect dengan kawan-kawan sekolah aku, bahkan kawan-kawan aku dari sekolah rendah pun aku jumpa di situ. Basically ada suggestion di ruangan "People You May Know" tu memang aku tekan je "Add as Friend".
Alter Ego
Kalau Bruce Wayne, sebuah watak dari komik DC ada alter ego sebagai sorang adiwira bernama BATMAN, begitu juga aku. Selepas setahun aku bermain dengan facebook, aku rasa itu bukan diri aku yang sebenar. Macam yang aku cerita pada posting aku yang pertama, aku bukan seorang yang suka menonjolkan diri. Istilah yang sering aku kaitkan dengan diri aku adalah "Low Profile Person". Bila di media sosial, kita share posting orang lain, kita komen di mana-mana posting, orang dapat tengok siapa kita. Jadi perkara itu buatkan aku rasa aku perlukan satu lagi account yang aku boleh jadi anonymous. so, aku create satu lagi account anonymous menggunakan nama Axe Tpg. Tpg merujuk kepada bandar kelahiran aku, Taiping. Profile picture aku masa tu cuma gambar sebuah motor kapcai yang diubah suai. macam biasa, aku add semua yang aku nak dan juga ada yang add aku, aku accept semuanya.
Kapak
satu hari ada seorang gadis add account alter ego aku. aku accept friend request tu macam biasa. cumanya kali ni gadis ini tegur aku di ruangan chat. ayat pertamanya "cantik motor". aku reply "bukan motor saya". dari situ bermulanya perkenalan aku dengan seorang gadis yang membuka satu lagi pengalaman hidup bagi diri aku. Diringkaskan cerita, hampir setiap hari aku chat dengan gadis ni. perbualan demi perbualan yang berlalu membuatkan aku semakin selesa dengan gadis ini dan aku decide untuk beritahu nama sebenar. Tetapi pada satu malam, bila aku chat dengan dia, tika hendak tamatkan perbualan sebab dah lewat malam, instead of panggil aku dengan nama faiz, dia panggil aku "kapak". Aku jadi confuse dan agak blur masa tu. kenapa kapak? bila gadis tu explain kapak = axe dalam bahasa inggeris, barulah aku faham.
My Alter Ego is No More
Bila aku form 4, aku tukar sekolah. aku masuk SM Teknik Ipoh, Persiaran Brash. Tahun pertama dilalui dengan normal sampailah ke pertengahan tahun, aku terpilih untuk menjadi pengawas. dan dari semua pengawas yang terpilih, dibahagikan kepada 4 kumpulan. aku di masukkan dalam kumpulan Alpha. secara kebetulan, dalam kumpulan Alpha ni ada 3 orang dengan nama faiz. aku, Faiz Akmal, Faiz Kamaruddin dan Faiz Zakwan. Hari ice breaking untuk para pengawas, disebabkan ada 3 orang nama faiz, setiap seorang perlu ada nama panggilan lain untuk mengelakkan kekeliruan. Faiz Kamaruddin dengan sukarelawan nya minta orang panggil dia dengan nama Mickey. Sementara Faiz Zakwan pula di beri nama Ustaz disebabkan penampilan dia yang agak ke-ustaz-an. sentiasa bersongkok. Manakala aku, belum pun sempat aku perkenalkan diri, kawan aku si Mickey jerit nama "Kapak".
Untuk pengetahuan, Mickey ni antara kawan yang agak rapat dengan aku, jadi banyak kisah aku yang aku share dengan dia. Dan dia adalah antara yang terawal tahu gelaran Axe dan cerita gadis yang panggil aku Kapak. dan disebabkan mickey, seluruh pengawas yang ada mula panggil aku kapak. dan perkara ni tak terhenti disitu, akhirnya satu sekolah panggil aku dengan nama Kapak.
Call me Axe
Sejak aku habis sekolah, aku sering guna nama Axe untuk apa-apa urusan tidak formal. contohnya alamat email tak formal, nama account media sosial dan lain-lain. Bahkan dalam blog aku yang terdahulu pun aku bahasakan diri sebagai axe. aku selesa dengan nama tu. mungkin ada sedikit kisah pahit yang terpalit di sebalik nama itu tapi aku tak kisah sebab axe adalah kapak. purposenya adalah untuk memotong sesuatu seperti kayu, mungkin memberi kesan kepada kayu itu atau mungkin menjadikan kapak itu tumpul dan calar, akan di asah dan kembali menjalankan tugaskan sebagai kapak tanpa pedulikan kayu-kayu yang menjadi ujian baginya. So, call me Axe.
Salam