April 06, 2023

My song collection

 Salam,

sejak 2011 aku aktif menulis lagu. Masa tu aku masih di zaman persekolahan. Bila najwa latif muncul dengan lagu cinta muka buku hasil tulisan dia dan kakak dia, lagi berkobar-kobar perasaan aku nak jadi penulis lirik. Sejujurnya aku tak pandai main alat muzik. Pernah cuba tapi tak melekat. Mungkin otak je minat lagu tapi tangan tak seirama. Masa tu aku stay kat asrama, banyak lagu-lagu aku, aku tulis dalam test pad. Bila dah habis sekolah, banyak yang hilang. Ada sesetengah aku masih ingat, so aku tulis balik dalam facebook untuk rujukan aku masa akan datang. Tapi tahun lepas bila aku nak retrieve balik lagu-lagu aku, hilang. Rupanya Facebook dah remove feature "Note" tu. Kiranya buat kali kedua lirik-lirik aku hilang. HAHAHA

Yang mana aku masih ingat tu disebabkan aku kadang-kala nyanyikan semula. Saja-saja nyanyi dalam kereta, atas moto, dalam rumah untuk menghilangkan bosan. Dan sejak 2011 tu, kali terakhir aku menulis lagu pada tahun 10 Jun 2022. Selepas tarikh tu ada jugak aku berniat nak tulis lagi tapi selalunya terbantut. Jadi setelah aku meneliti yang blog ni masih boleh di capai walau setelah bertahun-tahun. Dan macam niat aku masa first post aku dalam blog ni, aku nak tulis untuk tatapan aku di masa akan datang, aku nak tulis balik semua lagu-lagu aku yang aku masih ada dan masih ingat di sini. Semua lagu-lagu ni tak di susun ikut tahun pembikinan, tapi aku cuba untuk tulis sekali tahun pembikinan kalau aku masih ingat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

12 Jun 2020, Rumah sewa Taman Damai Utama. Aku tulis lagu ni beberapa minggu sebelum tarikh ni, tapi pada suatu malam aku lepak dengan Pino, housemate aku, dia pandai main gitar dan pernah menulis lagu jugak. Bila aku cerita pasal lagu aku, dengan spontan kami gubah semula lagu ni sampai lengkap. Tapi sayangnya aku tak sempat record petikan gitar dari pino untuk lagu ni. 

My Real Soul

Today is the day, a dreaming day
That i was hoping come true
I still remember the time that change our route

A day before, when all my soul
I gave it but not for you
Then I realised, she's nothing than perfection of you

uuuuuu uuuuuuuu

She's beautiful, a kind of gold
I chose to chase when i'm a fool
Stack of cheats, and all her tricks
i chose to ignore, still under her feet
Then i met you, my real goal
you're diamond, my real soul

My real goal, my real soul
You are diamond, you are my soul

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8 Julai 2020 - aku tak ingat di mana - lagu ni bagi aku paling mencabar sepanjang aku menulis lirik. Sebabnya? aku dapat chorus lagu ni dah lama, bertahun dah, rasanya sejak 2015 atau 2016. Tapi nak lengkapkan lagu ni ambil masa sampai ke tahun 2020. Itu pun sampai sekarang aku masih belum cukup puas hati dengan hasil lengkap lagu ni. penulisan lagu ini ada kisahnya yang dekat dengan aku, kisah hidup aku. bila mana aku rasa diri tak dihargai. tapi dalam lagu ni aku ubah sikit untuk menambah drama dalam lagu.

Kecewa

Ku kecewa hatiku terluka
mendengar katamu yang sunggu berbisa
ku berduka menahan siksa
yang kau hadiahkan buat diriku

Dulu aku sangjunganmu
bertahun lama kita berpasangan
kini kau temu penggantiku
dan kau katakan dia yang kau idamkan

Aku bagimu hanyalah permainan
kau mencariku tika kau keseorangan
kau menyentuh hatiku, kau bisik kata cinta
berjanji tuk setia

namun engkau pergi, tinggal ku sendiri
setelah kau temui cinta yang kau cari
kau buat ku terluka, cintamu cuma dusta
kau tak pernah setia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 August 2020 - lagu ini aku tulis khas untuk majlis perkahwinan aku yang akan berlangsung pada januari 2021. Isteri aku memang tahu aku menulis lagu, jadi untuk hari istimewa ni aku nak hadiahkan sebuah lagu untuk hari bermakna tu. aku imbau kembali saat perkenalan pertama aku dengan isteri aku. aku nukil kan dalam lagu ini

Bahgia Hingga ke Jannah

Ku terbayang kenangan manis dahulu
pertama kali berkenalan di mukabuku
ku menyapamu kerna di cabar rakanku
dan kini engkau menjadi isteriku

Hampir lapan tahun kita bersama/
suka dan duka telah kita lalui
hari ini bukanlah penamatnya/
hari ini permulaan baru yang lama di impi

sayang, kau lah impianku
yang selema ini tercari dalam mimpiku
sayang, kau lah suri hatiku
kan ku jagamu kerna kau adalah nyawaku

termeterailah ikatan pernikahan kita
peganglah tanganku, kita bersama
Bahgia hingga ke jannah

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buat masa ini, setakat ini saja dulu yang aku kongsikan. Akan aku tambah lagi koleksi-koleksi lagu aku bila aku ada kelapangan.

Salam.


0 comments: