Masa bujang dulu, aku suka tengok-tengok tempat orang. Pengalaman aku duduk asrama masa kat teknik dulu, bila outing aku keluar explore bandar ipoh. Tapi tak la semua tempat aku dah explore kat ipoh tu. Bila aku masuk universiti, aku explore lagi bandar bangi, kajang dan masa tu jugak aku pernah berjalan sorang-sorang kat kl sepanjang hari. Aku tak tidur tau sebab tak cukup duit nak sewa hotel. Lain kali aku cerita pengalaman aku berjalan-jalan sorang diri kat kl. Kali ni aku nak cerita kenangan aku bawa diri ke batam, indonesia.
Mewah Sangat
Tahun 2019, aku masa tu kerja kat subang jaya. Bagi aku masa tu paling mewah buat aku sebab aku tak banyak komitmen. Gaji okay, rumah sewa tak perlu bayar sebab aku tumpang rumah kakak aku kat kota damansara. Aku cuma bayar bil api dan bil air je. Aku pergi kerja naik motor yang dah habis bayar pun. Dan aku tak da kereta masa tu jadinya aku tak da komitment untuk bayar apa-apa kenderaan melainkan maintenance motor dan minyak buat pergi kerja. Satu-satunya komitmen aku masa tu ialah pinjaman pendidikan yang cuma 100 ringgit saja sebulan. Jadi lebih 90% dari gaji aku masa tu cuma untuk aku enjoy. Itu la kesilapan yang sampai hari ni aku rasa ada sedikit sesal sebab sepatutnya aku ada banyak saving tapi aku banyak membazir masa tu. Bayangkan masa tu tengah viral buttermilk chicken dengan boba milk tea. Aku pulak kerja kat ss15 subang jaya tu yang orang panggil ss15 darul boba masa tu. Memang kerap sangat aku belanja duit aku untuk beli air boba tu dengan buttermilk chicken. Lepas tu pulak gf aku masa tu stay kat sungai buloh, tak jauh dengan kota damansara. Kerap jugak pergi dating, tengok wayang, makan benda-benda best. Sedangkan duit tu aku boleh guna untuk saving atau invest dalam apa-apa yang dapat bagi pulangan untuk kegunaan aku hari ini.
Berbalik kepada batam, aku kerja agak stress kat situ. Bukan sebab kerja tu susah tapi environment tu yang tak menyenangkan. Alang-alang aku masih ada passport yang aku buat masa pergi umrah dulu, dan dengan kewangan yang agak baik masa tu, aku decide nak merantau tempat orang. Tapi aku tak nak pergi jauh-jauh sangat sebab aku tak cukup masa. Aku cuma ada cuti weekend 2 hari saja. Aku tak apply cuti dan ini pun bukannya trip yang aku plan dah lama. Lebih kepada spontaneous trip. 2 hari sebelum aku bertolak, aku ada research sikit pasal tempat yang aku nak pergi. Dan aku decide untuk pergi batam. Aku siap list kan tempat-tempat yang aku patut pergi dan apa yang aku patut buat kat sana. Sebab pengalaman aku masa pergi guangzhou dulu agak memeningkan kepala kalau aku tak research dulu betul-betul. Aku beli siap-siap tiket bas dari tbs ke larkin, johor dan aku pun dah book hotel kat batam untuk 1 malam. Cuma tiket feri je aku tak beli sebab aku tak tau aku sampai johor pukul berapa.
Day -1
Permulaan Perjalanan
5 julai 2019, hari jumaat, lepas balik dari kerja aku terus siap-siapkan beg travel aku yang dah bersama dengan aku merata-rata tempat dah. Pukul 9 lebih malam aku naik grab dari rumah di kota damansara menuju ke stesyen mrt surian. Tak jauh pun tapi sebab aku baru balik dari kerja, jadi malas sikit nak jalan kaki. Pukul 10 malam aku naik mrt dari stesyen surian tu menuju ke stesyen lrt plaza rakyat. Disebabkan aku naik mrt, aku kena turun di stesyen mrt merdeka dan jalan kaki ke lrt plaza rakyat. Dari plaza rakyat, pukul 10.20 malam, aku naik lrt menuju ke bandar tasik selatan untuk pergi ke terminal bersepadu selatan (tbs). Aku sampai di tbs lebih kurang pukul 11 malam. Tapi tiket bas aku pukul 1 pagi. Jadi aku lepak dulu kat tbs tu. Tak banyak kedai buka sebab dah lewat malam. Aku cuma beli roti dan air kotak kat kk mart dan tunggu sampai pukul 12.30 pagi.
Day -2
Berperang Dengan Tidur
6 julai 2019, hari sabtu, 12.30 pagi aku turun ke platform untuk naik bas. Tapi bas belum sampai. Lebih kurang jam 12.50 macam tu baru bas sampai. Tepat pukul 1 pagi bas bertolak ke larkin. Sepanjang perjalanan aku tidur je. Tapi banyak kali jugak aku terjaga sebab bas ni banyak kali berhenti untuk turunkan penumpang atau ambik penumpang sepanjang perjalanan ke larkin tu. Lebih kurang jam 4.30 pagi aku sampai kat stesyen bas larkin. Aku dalam keadaan mengantuk aku turun bas dan aku rasa aku perlu beli tiket bas balik ke kl terus untuk esok sebab aku risau bas penuh. Tapi disebabkan aku tak sure pasal perjalanan feri aku cuba play safe, aku beli tiket bas yang lewat sedikit. Jadi aku beli tiket bas balik ke kl dari larkin jam 11 malam. Aku tahu feri akan mula jalan start pukul 7 pagi waktu malaysia. Dan terminal feri tu pun cuma buka dari pukul 6.30 pagi. Jadi aku ada 2 jam lagi sebelum kaunter buka. Aku singgah kedai mamak kat terminal bas larkin tu untuk sarapan awal pagi. Aku bukanlah peminat kopi tapi aku terpaksa minum kopi untuk bantu aku berjaga. Tapi aku tewas jugak, aku tertidur sekejap kat kedai mamak tu. Tak lama aku tertidur, bila aku bangun aku berjalan-jalan sekitar terminal bas untuk tengok suasana awal pagi kat situ. Aku masuk toilet untuk bersihkan diri. Aku tengok suasana kat terminal bas tu tak jauh beza dengan kat kl. Gelandangan merata-rata.
Pukul 6 pagi aku naik grab dari terminal bas tu ke terminal feri berjaya waterfront, stulang laut. Tak jauh pun perjalanan dari larkin ke stulang laut. Dalam 15 minit aku dah sampai. Aku tengok ada jugak orang kat situ yang bergegas masuk terminal. Mungkin nak ke batam jugak macam aku. Tapi rata-rata aku tengok bukan orang malaysia. Nampak macam orang indonesia. Aku assume diorang datang johor untuk bekerja dan balik ke batam bila weekend. 6.30 aku beratur kat kaunter tiket. Tak la beratur sangat sebab depan aku cuma sorang saja masa tu. Dan kat situ ada banyak kaunter berlainan syarikat feri. Aku tahu masa aku buat research ada 2 cara nak masuk ke batam melalui feri. Samada melalui terminal feri batam centre atau harbour bay. Aku pilih untuk masuk melalui harbour bay sebab dari jeti harbour bay tu tak jauh nak ke tempat-tempat yang aku listkan.
Batam, Let's Go!!
7.15 pagi waktu malaysia, staff kat terminal tu dah start panggil orang untuk naik feri. Aku lalu imigresen malaysia macam biasa, tunjuk passport, tiket feri. Sejujurnya bagi aku proses kat sini lebih mudah berbanding nak ke singapura. Bila aku masuk je feri, feri tu seakan feri langkawi. Tapi mungkin kecil sedikit. 7.30 pagi feri mula bertolak. Dan disebabkan aku masih mengantuk dan letih, aku tidur je dalam feri tu sebab perjalanan dari jeti stulang laut ke jeti batam lebih kurang 2 jam. 9.40 pagi aku sampai di harbour bay terminal, batam. Kat sini waktu awal sejam dari waktu malaysia. Kiranya kalau 9.40 aku sampai tu, kat sana dah pukul 10.40 pagi. Jam dekat fon aku pun automatik berubah ikut lokasi. Bila sampai terminal tu aku tengok boleh tahan ramai jugak orang. Aku kena beratur untuk cop passport kat imigresen. Agak lama proses ni sebab kaunter tak banyak tapi orang sangat ramai. Hampir sejam baru aku dapat cop passport aku.
Selesai cop passport, aku terus cari jalan keluar dari terminal. Dari sini dah mula masalah yang aku tak terfikir sebelum datang, aku tak da line telefon kat situ. Plan asalnya aku nak naik goride (orang local panggil gojek) kemana-mana destinasi aku. Tapi aku tak da internet untuk buka apps tu dan aku pun tak pernah guna apps tu jadi aku macam blur sikit. Tapi berapa lama aku nak stay situ, aku fikir aku patut pergi ke mana-mana mall sebab kat mall maybe ada wifi dan aku boleh guna wifi untuk explore apps gojek tu. Memandangkan masih awal untuk aku check in hotel, aku naik je teksi kat situ menuju ke nagoya hill mall. Dalam teksi tu ada jugak aku bersembang dengan driver teksi, katanya ramai orang singapore yang datang ke batam. Orang malaysia jarang-jarang sekali baru ada.
Crisis Cari Makanan
Sampai je kat nagoya hill mall tu, aku jalan-jalan dalam mall tu. Besar mall tu. Dan agak ramai orang. Mungkin juga hari minggu jadi orang tempatan pun ambik kesempatan untuk luang hari minggu jalan-jalan kat mall. Cuaca boleh tahan panas juga jadi decision aku untuk jalan dalam mall ni sekurangnya da juga air cond. Sejuk sikit. Sejam jugak aku jalan-jalan dalam mall tu tanpa arah tujuan sambil-sambil aku tengok kedai-kedai makan. Ada satu tempar dalam mall tu seolah foodcourt ada jual nasi ayam penyet, nasi padang. Makanan orang indonesia. Tapi aku was-was nak makan sebab orang indonesia tak semuanya muslim. Walaupun negara indonesia ni majoritinya islam. Dan kita susah nak bezakan yang mana muslim yang mana bukan. Disebabkan was-was aku tu, aku tak makan kat foodcourt tu. Aku masuk lagi dalam mall dan aku jumpa restoran d'penyetz. Yang buat aku yakin sikit sebab pekerjanya ada yang bertudung dan pelanggan yang makan situ pun ada yang bertudung. Tapi still aku tak boleh terus assume kedai ni halal 100% so aku play safe, aku order nasi putih, ikan tilapia madu dan air soda gembira. Basically air soda gembira tu cuma air sirap bandung tapi campur dengan air ais krim soda. Tapi ikan tilapia madu tu betul-betul sedap.
Ini Wayang ke Hotel?
Lepas selesai makan, tak jauh dari restaurant tu ada panggung wayang. Aku pergi tengok-tengok kat situ. Kalau kat malaysia, wayang macam gsc, tgv, mbo jenis terbuka. Ada kaunter beli tiket, kaunter beli makanan lepas tu pintu masuk ke hall. Tapi di batam ni, nak masuk ke wayang tu ada pintu dan ada orang yang jaga di pintu tu. Bila aku sampai situ, orang tu buka kan pintu untuk aku. Kat dalam tu macam kita masuk lobby hotel. Ada kaunter beli tiket di sebelah kiri. Aku tak nampak kaunter beli makanan aku tak sure aku tak nampak atau tak perasan. Tapi seriously suasana macam kat lobi hotel 4 bintang. Aku ni jenis yang agak pemalu sikit. Nak ambil gambar pun malu. Jadi aku curi-curi ambik gambar dan cepat-cepat keluar dari situ.
Dugaan Naik Gojek
Aku tengok jam dah lebih pukul 2 petang. Check in hotel pukul 3. Jadi aku mula cari kedai yang ada wifi untuk aku explore apps gojek tu. Masa aku keluar kat pintu utama mall, aku tak nampak motor gojek area situ. Aku jadi risau takut tak da kenderaan nak ke hotel. Nak jalan kaki pun aku tak tahu jalan. Nak guna maps pulak aku tak da internet. Aku singgah kat restaurant a&w sebab situ ada wifi tapi aku cuma order ais krim sebab segan nak duduk situ tapi tak order apa-apa. Nak makan pun aku masih kenyang. Hampir 30 minit aku explore apps gojek tu. Akhirnya aku order satu gojek untuk ke hotel. Tapi aku tak tahu macam mana nak pin pick up location sebab aku ada di a&w tu sebab nak guna wifi. Pick up point bukan di situ jadi kalau aku keluar dari situ mesti hilang line internet aku. Berpusing-pusing akhirnya jumpa jugak gojek yang aku order. Kali pertama naik motor gojek ni. Rider tu bagi aku helmet untuk aku pakai. Dia bawa motor jenis skuter. Perjalanan ke hotel aku perhatikan bandar batam ni seolah bandar ipoh masa tahun 2010an. Bangunan-bangunan tak tinggi. Rider tu pulak bawa agak laju, risau pulak aku takut excident. Pukul 2.50 aku sampai kat sky view hotel. Tapi waktu check in pukul 3 jadi penyambut hotel tu minta aku duduk dulu kat ruangan menunggu. "Maad ya pak waktu check in nya jam 3 jadi bapak boleh duduk dulu ya" kat ruang menunggu tu ada disediakan air minuman percuma. Tepat jam 3 petang, aku dipanggil untuk urusan check in. "Bapak namanya apa?" terasa macam tengok sinetron pulak. Lepas check in aku pun masuk bilik untuk rehat.
PisCok Kipas
Dari pagi tadi aku belum mandi. Bila dah masuk bilik aku bersihkan diri, cuaca panas kat luar, bila mandi dengan air sejuk sangat-sangat nyaman. Pastu bila keluar dari bilik air, terkena pulak aircond yang aku terus set pada 16 celcius. Rasa macam kat iceland. Masa aku explore apps gojek ni tadi, aku perasan ada bahagian food delivery. Jadi aku tengok-tengok apa yang boleh aku order untuk makan petang tu. Ni kali pertama aku nak order makanan guna apps gojek ni, aku ada dapat diskaun untuk first time user. Aku pun order pisang goreng tapi disebabkan jarak gerai ni tak lah jauh sangat dan harga pisang tu pun tak mahal. Lepas tolak diskaun, aku tak perlu bayar apa-apa. Jadi, aku dapat makan pisang goreng percuma petang tu. Aku order 2 item, piscok & pisang goreng kipas original. Piscok tu basically cuma pisang dengan coklat yang di balut dengan kulit popia dan digoreng. Pisang kipas tu pulak sebiji pisang yang dibelah dan disusun seakan kipas tangan. Pukul 3.30 aku start order, 4.30 baru gojek sampai. Agak lama jugak tapi bila aku turun nak ambil makanan yang aku order, rider gojek tu pulak yang bingung sebab aku tak perlu bayar apa-apa. Dia tanya aku tapi aku first time guna lagipun aku bukan orang situ, macam mana aku nak explain. Rupanya bila dia tekan complete delivery tu, baru la duit upah tu masuk dalam akaun dia. Aku pun naik bilik hotel aku dan makan pisang. Bila teringat balik, sedap piscok tu. Pisang kipas tu rasanya macam pisang goreng biasa cuma rupa dia je lain sikit. Cukup la buat isi perut aku sementara tunggu dinner nanti. Lepas makan, aku tidur sekejap.
Cari Seafood Buat Ubat Gout
Masa aku tunggu pisang tu sampai, aku ada cari-cari kedai untuk aku makan malam nanti. Disebabkan aku di pulau, mesti la aku nak makan seafood. Ada 5 restaurant yang aku jumpa sekitar batam yang top rated. Setiap satu tu aku check jarak, berapa tambang gojek nak ke sana dan aku baca review kedai tu kat google. Kat bawah ni list kedai yang aku jumpa dan tambah gojek dari hotel ke kedai tu.
Lepas aku check semua, aku decide untuk pergi yang paling dekat. Sebab bajet aku tak la banyak. Aku cuma ada cash 1 juta rupiah je masa aku tukar duit untuk datang ke batam. Dan 1 juta tu saja bajet aku untuk berbelanja di batam sebab yang lain-lain macam tiket feri dan hotel aku dah bayar siap-siap. Lebih kurng pukul 9 malam (waktu malaysia) aku naik gojek menuju ke restaurant golden prawn seafood. Perjalan tak lama sangat lebih kurang 20 minit sampai dan sepanjang perjalanan tu aku nampak macam ada pasar malam sebelum sampai ke restaurant. Agak unik pasar malam tu di tepi-tepi jalan utama. Tak macam di malaysia, pasar malam biasanya conquer sepanjang lorong jalan tu dan tak da kenderaan boleh lalu.
Berapa Pinggan Nasi Nak Makan?
Bila sampai di restauran tu, aku tengok ada 2 kedai bersebelahan. Aku pilih untuk makan di kedai yang sebelah kiri sebab aku nampak lebih meriah dan ada orang muslim kat situ. Masuk je kedai tu ada macam-macam seafood masih hidup lagi. Udang, ketam, kerang, dan banyak lagi masih hidup dalam kolam. Tinggal pilih je nak yang mana. Aku tak banyak bajet jadi aku tak pilih untuk makan banyak. Lagipun aku sorang saja. Staff restauran tu suruh aku duduk nanti diorang akan datang ambil order. Aku diberi menu untuk aku tengok apa aku nak makan. Lepas aku tengok menu tu, aku decide untuk order sotong bakar, udang nestum dan air jus oren. First sekali nasi sampai, aku order nasi satu pinggan tapi dia datang hantar 1 pinggan kosong dengan satu periuk nasi. Banyak betul nasi seolah untuk 3-4 orang makan. Lepas tu lauk-lauk pun sampai. Sotong bakar tak macam di malaysia. Kebiasaannya sotong bakar di malaysia ada sambal yang menyaluti sotong tu. Tapi di situ memang semata-mata sotong yang dibakar tapi ada rasa perapan sikit. Dan udang nestum pun bukan hidangan berkuah. Tekak aku kering sikit nak telan makanan tu. Nasib baik jus oren ada boleh la aku basahkan tekak sikit.
Overal udang dan sotong dia sedap sangat. Bila nak bayar, aku ke kaunter dan total harga makanan yang aku makan tu rp140,000. Lebih kurang 40 ringgit duit malaysia masa tu. Untuk udang segar sepinggan dan sotong yang hampir sama besar dengan tapak tangan aku, aku rasa not bad harga dia. Dan aku baru tahu rupanya kedai tu konsep restaurant terapung dan meja yang aku duduk makan tu atas air. Cuma aku tak perasan sebab dah malam jadi air pun jadi gelap.
Dugaan Gojek Kali Ke-2
Lepas perut kenyang, aku pun order gojek untuk balik ke hotel. Lagipun dah dekat pukul 10 masa tu. Lewat dah. Mula-mula aku order gojek, lepas berapa minit gojek tu cancel. Ah sudah, macam mana aku nak balik. Aku cuba lagi sekali nasib baik kali ni gojek tu accept tapi agak lama sebelum dia sampai. Bila sampai rider tu bagitahu aku "Maaf ya mas, jalannya macet" ohh jalan jem rupanya. Maybe sebab tu rider yang tadi tu cancel. Bila aku naik motor dah balik ke hotel, rupanya yang jem tu kat kawasan luar parking restaurant tu sampai lah ke kawasan pasar malam tadi. Ramai betul orang. Aku sampai depan hotel aku bayar duit tambang gojek tu. Tapi aku lupa nak buka helmet. Sekali lagi dialog yang aku tak lupa "Mas, helemnya mas" nasib baik aku biasa tengok sinetron, tahu la aku helem tu maksud dia helmet.
Masa aku sampai tu aku nampak selang 2-3 lot kedai sebelah hotel tu ada kedai runcit. Aku fikir nak beli jajan sikit buat kunyah-kunyah sambil tengok tv. Kedai runcit situ dipanggil indomaret. Atau indomart. Aku perasan indomaret ni macam 7eleven kat malaysia. Merata-rata kedai ni kat sekitar batam. Aku beli air tehbotol tapi versi air kotak. Dan aku beli lebih sikit untuk bawa balik ke malaysia. Teh rasa wangi. Lepas tu aku masuk bilik dan buka tv. Ada perlawanan bola tapi aku tak ingat siapa yang main masa tu. Lepas aku tengok bola aku pun tidur.
Day - 3
Berperang Dengan Tidur part II
7 julai 2019 - hotel tu ada sediakan breakfast. Dah masuk sekali dalam pakej yang aku book tu. Aku still mengantuk tapi tak nak terlepas waktu breakfast tu, aku paksa diri untuk turun jugak makan. Menu breakfast tu simple je. Roti bakar, nasi goreng, air oren. Lepas makan aku balik ke bilik and sambung tidur. Lebih kurang jam 10 pagi aku bangun tapi aku rasa kalau aku keluar nanti nak kena balik pulak untuk kemas beg dan check out pukul 12. So aku stay je dalam bilik sampai 11.30 baru aku start berkemas untuk check out. Pukul 12 tengahari aku check out dan tunggu gojek untuk aku pergi batam city square (bcs) satu lagi mall yang besar kat batam ni. Kata orang nak cari barang boleh la cari kat sini sebab murah. Dalam 15 minit gojek rider sampai, aku terus ke bsc. Lebih kurang 15 minit je dari hotel tu.
Tauhu Dia Sedap Tahu?
Sampai je kat bcs, aku masuk mall tu aku nampak ada orang jual air tebu fresh. Agak rare sikit bagi aku sebab biasanya orang jual air tebu fresh ni kat tepi-tepi jalan je kat malaysia. Tapi ni buka dalam mall. Dia perah batang tebu tu kat situ jugak. Aku pun order la air tebu 1 cawan. Segar air dia cuma tak manis sangat. Memang betul-betul tebu dia tak campur dengan gula. Aku pun pusing-pusing ronda dalam bcs tu sampai lah masanya aku lapar nak makan lunch. Aku nampak restaurant yang sama dengan restaurant aku makan lunch hari sebelum tu kat nagoya mall, d'penyetz. Dan kali ni aku lebih yakin bila aku nampak logo halal kat kedai ni. Rupanya kedai ni milik orang singapura yang buka bisnes di batam dengan menu makanan indonesia. Kali ni aku ambil menu signature kat situ iaitu nasi ayam penyet. Tapi aku tambah tauhu goreng dengan tempe goreng. Masyaallah sedap betul tempe goreng dia. Tauhu dia pun berjus lagi. Dan air pulak macam semalam tu aku order soda gembira sebab air tu sedap.
Lari-Lari Curi WiFi
Lepas makan, aku sambung jalan-jalan kat mall tu. Sambil-sambil aku tengok handbag untuk aku beli nak jadikan hantaran. Masa tu aku plan nak kahwin, jadi bila dah alang-alang ada kat batam tu, nak carikan barang untuk dijadikan hantaran. Tapi bila tengok harga kat situ, tak la murah sangat. Lebih kurang je harga kat malaysia. So aku tak jadi beli apa-apa. Cumanya aku rasa aku perlu sesuatu untuk dijadikan kenangan. Bosan la kalau beli keychain kan?. Jadi aku cari benda lain. Lepas pusing-pusing aku nampak baju batik. Menarik juga sebab budaya orang indonesia kan pakai baju batik. Tapi sayangnya tak da size aku pulak. Nasib baik lepas tu aku jumpa satu baju kemeja yang not bad untuk aku pakai jalan-jalan. So aku beli sehelai baju kemeja dengan satu tali pinggang sebagai kenangan. Dan aku belikan juga sahelai baju untuk bakal isteri aku. Pasal baju untuk bakal isteri aku tu pun kalau diingat balik rasa kelakar. Sebab aku contact dia guna whatsapp tapi sebab aku tak da internet, aku kena pergi dekat dengan kfc kat mall tu untuk connect dengan wifi. Mulanya aku nak belikan baju design batik untuk bakal isteri aku tapi kedai tu pulak tak la dekat sangat dengan kfc tu. Jadi berulang-alik aku antara kedai tu dengan kfc untuk aku hantar gambar melalui whatsapp. Last-last, tak jadi beli pun sebab risau size tak sama. Akhirnya aku turun ke tempat aku beli baju kemeja aku tadi dan belikan sehelai baju blouse untuk dia yang aku agak-agak je size. (bila aku dah bagi baju tu rupanya size besar sikit).
Dugaan Gojek Kali Ke-3
Pukul 4 petang sekali lagi kekalutan terjadi bila aku nak order ride gojek untuk balik ke terminal feri. Aku tak da internet jadi aku kena stay dekat dengan kfc tu untuk wifi. Problemnya bila kfc tu ada di tingkat 1 mall tu sedangkan aku kena turun ke ground floor untuk keluar pintu utama tunggu gojek. Tindakan aku, aku stay kat kfc tu tengok map sampailah bila aku nampak gojek yang aku order tu dah dekat, aku kena ingat nombor plate motor tu dan baru lah aku turun tunggu kat pickup point. Taktik aku tu berhasil bila rider tu sampai aku terus naik je.Lebih kurang pukul 5 petang aku sampai kat harbour bay terminal. Aku terus ke kaunter untuk sahkan tiket feri aku. Sebab aku dah beli tiket return masa kat stulang laut. Rupanya bila kat kaunter tu aku kena bayar lagi 70ribu rupiah untuk cukai. Lepas dah bayar tu, rupanya feri untuk time slot tu dah berlepas. Aku kena tunggu sejam lagi untuk slot berikutnya. Dengan fon tak da internet, aku ronda-ronda dalam terminal tu. Aku ternampak starbuck. Duit pun ada balance lagi, so aku beli air starbuck dan minum situ sambil connect wifi starbuck tu sebab nak kena tunggu sejam lagi sebelum feri sampai.
Unforgetable Memory
6.15 petang aku beratur di imigresen indonesia untuk naik feri. Cop passport keluar dari batam dan terus masuk dalam feri. Disebabkan masa aku datang ke batam aku tidur je sepanjang perjalanan dalam feri tu, aku rasa waktu balik ni aku kena gunakan sepenuhnya untuk menikmati perjalanan tu. Jadi kali ni aku tak duduk kat kerusi, aku naik ke deck atas untuk tengok view. Dan sepanjang perjalan dari terminat harbour bay batam sampai lah ke terminar feri di stulang laut aku betul-betul enjoy di tiup angin laut dan menikmati suasana senja. Dari hari cerah sampai ke gelap aku berdiri atas deck tu membiarkan angin meniup semua tekanan dalam kepala aku. Melalui persisiran singapura, sampai ke pelabuhan pasir gudang. View yang aku sukar nak lupakan.
Merokok Membahayakan Kesihatan
Selepas lebih 2 jam, akhirnya aku sampai semula di stulang laut. Aku bergegas ke duty free shop kat terminal tu sebab kawan aku kirimkan aku beli barang. Rokok, buat kali pertama aku beli rokok bukan sekotak tapi 2 karton rokok aku beli. Aku sendiri pun tak hisap rokok. Inikan pula nak belikan rokok untuk orang, rasa nervous dan aku tak tahu jenis rokok. Jadi aku tanya je kat orang yang jual tu. Lepas keluar dari kedai duty free tu, aku terus ke kedai makan berdekatan dengan terminal feri tu. Restoran sayam, stulang laut, johor. Abang yang ambil order tu teka aku datang dari batam. Aku iyakan sebab memang aku dari batam. Lebih kurang jam 10 malam aku order grab untuk ke stesyen bas larkin sebab tiket bas aku balik kl jam 11 malam. Sementara tunggu grab tu sempat la jugak aku kena pau dengan sorang gelandangan kat situ. Katanya nak makan tak da duit. Aku bagi semua duit syiling yang ada dalam poket aku total lebih kurang rm2.
Berperang Dengan Tidur part III
Sampai je grab terus aku naik dan bertolak ke larkin. Bila sampai situ, aku tengok jam pun 10.30, aku terus ke platform untuk tunggu bas. Tapi bas pulak delay, dari 10.30 sepatutnya pukul 11 aku bertolak balik. 11.30 baru bas sampai. Lepas naik terus bas tu gerak menghala ke kuala lumpur. Aku tidur dalam bas sebab nanti awal pagi bila sampai ke kl, aku kena balik rumah dan pukul 9 aku kena masuk kerja. Lebih baik aku tidur siap-siap.
Tewas Dengan Tidur
3.30 pagi aku sampai di tbs. Aku terus order grab untuk balik ke kota damansara sebab waktu tu public train macam lrt/mrt dah tak beroperasi. Lebih kurang 4.30 aku sampai di kota damansara aku letak barang-barang, mandi dan terus tidur dengan harapan aku sempat bangun untuk pergi kerja pukul 8 nanti. Tapi nasib aku tak baik, aku demam pagi tu dan terus ambil mc. So aku rehat saja di rumah sampai petang.
Ending
Aku sertakan sekali itinerari perjalanan aku sepanjang 2 hari tu dan berapa aku habiskan untuk trip ni. Aku tak la panggil ni trip bajet tapi itu trip yang aku tak terlalu membazir la.
.png)



.png)
