Salam,
Hari ni aku nak cerita pengalaman kerja aku. Bukanlah cerita pengalaman kerja macam kita cerita masa interview tu. Tapi kenangan-kenangan yang aku coretkan dalam hidup aku sepanjang aku melangkah ke dunia pekerjaan.
Part-time Kerja?
Tak macam kebanyakkan budak-budak sebaya aku yang mungkin ada buat part-time lepas habis spm sementara tunggu sambung belajar. Aku tak buat kerja part time bukan sebab aku tak nak, tapi ada 2 sebab, yang pertama aku akui aku agak memilih kerja masa lepas spm tu. Aku tak nak kerja yg typical macam kerja kat supermarket tu. Zaman tu kerja supemarket la yang paling ramai budak lepasan spm try. Sekarang mungkin banyak pilihan macam kedai2 barista, fast food dsb. Aku memilih sebab kakak aku masa dia habis spm dulu dia pernah kerja di sebuah pasaraya berdekatan dengan rumah aku. Macam-macam drama berlaku yang buat aku malas nak kerja situ. Tapi ada juga aku pernah apply kerja kat al-ikhsan, siap isi borang, bagi gambar tapi senyap je tak panggil pun. Sebab yang kedua mama aku tak izinkan. Tapi cuma tak izinkan untuk kerja kat kedai-kedai makan la. Masa tu aku fikir nak belajar berniaga, so aku nak try kerja kat kedai makan. Tapi mak aku tak berapa setuju sebab bab makanan ni tak boleh buat main. Kena jaga betul-betul kebersihan dll.
Interview Jadi CEO
Sampai lah masanya aku pun dapat offer sambung belajar. Tak merasa lah aku pengalaman bekerja sebab aku terus sambung study. Masa study pun aku tak da buat part-time. Sampailah 2016 aku kena cari tempat untuk internship. Kalau check email aku, boleh nampak lebih dari 50 company aku apply untuk buat intern. Dalam banyak-banyak company yang aku apply tu, cuma 1 je yang panggil aku interview. Satu company kat cyberjaya. Aku pergi interview tu, buat kali pertamanya dalam hidup interview kerja. Kalau nak di ingat balik memang merapu habis aku jawab soalan-soalan interview tu. Siap aku explain pasal gaya leadership kat penemuduga tu. Autokratik, demokratik & laissez faire. Orang tu nak interview aku untuk intern je, bukannya nak ambil aku kerja sebagai ceo, dah kenapa nak cerita pasal kepimpinan bagai. So, terang lagi bersuluh memang aku failed la interview tu. Tapi salah satu sebab lain aku tak dapat intern kat situ, diorang cari budak intern yang final sem, so lepas habis intern boleh terus jadi permanent (kalau perform la masa intern tu). Aku masa tu bukan final semester, aku ada setahun lagi baru habis course aku study tu. Ntah kenapa jadual universiti susun macam tu. Eh salahkan universiti pulak padahal jadual tu boleh je susun sendiri. Aku selalunya follow je jadual yang dicadangkan pihak universiti.
Reject Offer
Dari company besar ke company kecik, kilang-kilang, sampailah syarikat yang menguruskan bangunan pun aku apply. Picc, putrajaya, aku dapat call tapi kata diorang tak boleh nak terima aku praktikal kat tempat diorang untuk tempoh masa yang aku mintak tu sebab masa tu diorang masih ada student intern lain. Sekurangnya ada juga diorang call aku untuk bagitau aku tak dapat intern situ. Yang berpuluh lain tu? Sunyi sepi. Setelah menunggu akhirnya aku dapat email reply dari sebuah kilang di petaling jaya. Kilang ni obviously bukan dalam bidang yang aku belajar tapi dah orang terima, aku on je la. Aku dengan roomate aku yang dapat masa tu kat kilang tu, kitorang drive dari bangi ke pj sebab nak tengok kilang tu macam mana. Boleh tahan mencabar perjalanan tu, dengan jalan jem, kereta banyak. Mula timbul rasa was-was nak terima offer tu sebab difikirkan macam jauh pulak nak pergi kerja tu nanti. Dalam was-was tu pun aku dah accept offer tu sebab company lain tak da respon.
Internship di Sebuah Syarikat Misteri
Selang seminggu aku dapat offer intent kat putrajaya. Satu company kecil kat presint diplomatik/presint 15 putrajaya. Disebabkan dekat je dengan universiti aku (aku stay kat penginapan pelajar dalam universiti), aku decide nak terima offer dari putrajaya ni. Aku ajak roomate aku pergi ke presint 15 ni nak tengok office. Kitorang jadi pelik sebab company ni tak da sign board. Ikut alamat betul dah tempat kitorang pergi tu. Tingkat 2 lot kedai. Ground floor ada kedai pajak gadai. Aku dengan kawan aku pun try la naik tangga tu. Sampai je tingkat 2 tu kitorang tengok memang ada office. Tapi disebabkan tak ada sebarang papan tanda, aku ketuk pintu office tu sebab nak tanya betul ke ni office yang kami cari. Kalau tak jumpa office macam mana nak lapor diri nanti kan. Untuk pengetahuan, ye aku tak terima panggilan temuduga pun untuk application ni. Tahu-tahu dapat offer je. Bila aku ketuk pintu office tu, ada seorang perempuan buka kan pintu. Bila aku tanya pasal nama company tu, dia mengiyakan siap jemput kami masuk untuk tengok-tengok office tu. Dah alang-alang sampai situ, terus berjumpa dengan bos kat situ, ada la sembang-sembang sikit dah dia cerita apa yang kami patut expect bila start kerja situ nanti. Dan dari situ juga aku belajar guna cable untuk kerja, bukan untuk aku tapi untuk kawan aku yang lagi 2 orang. Depan-depan bos tu aku bagitahu kawan aku 2 orang lagi belum dapat tempat intern, boleh tak kalau dia accept sekali dengan kami? Dan, yes aku berjaya bila bos tu setuju terima kami ber empat untuk intern kat situ.
Tempoh aku intern sepatutnya 12 minggu dari 29 februari 2016 sampai 20 mei 2016. Tapi aku lewat lapor diri beberapa hari disebabkan aku pergi buat umrah dengan family aku seminggu sebelum tarikh lapor diri tu. Nanti posting lain aku cerita pengalaman umrah aku. Aku tak da kereta sendiri selain motor yang aku warisi dari kakak aku yang dah habis belajar. Tapi roomate aku ada kereta, myvi warna hijau. Dengan kereta tu lah aku dan roomate aku tu pergi kerja. Hari pertama internship bagi aku adalah hari yang dah beberapa hari bagi roomate aku tu. Jadi bagi aku rasa agak nervous dan sedikit teruja. Bila hari aku lapor diri, rupanya kitorang tak da work station. Jadi kitorang ditempatkan dalam bilik meeting untuk sementara waktu. Tugasan pertama aku? Bos ada bagi 2-3 set card holder yang penuh dengan business card dari macam-macam jenis company. Tugasan kami berempat adalah susun semua kad tu dan key in dalam microsoft excel. Nak tahu apa tugasan pertama kawan-kawan aku masa hari pertama diorang intern kat situ? Aku dengar cerita diorang kena pasang almari untuk letak file-file dalam bilik stor di belakang. Untuk pengetahuan, kami berempat belajar dalam bidang teknologi maklumat. Expectation kami bila kerja mesti lah belajar sesuatu berkaitan dengan it, tapi kerja pertukangan yang kami dapat. Haaish
Hari berganti hari, kami meneruskan hari-hari pelik kami di situ. Aku ada terima satu email offer dari company lain untuk terima aku internship. Tapi aku dah pun mula kerja di company ni. Jadi aku cuba bertanya kat lecturer yang coordinate internship semua pelajar di universiti kami. Kalau-kalau aku boleh tukar company lain. Tapi jawapan yang aku terima hampa. Aku tak dibenarkan tukar syarikat lain kalau dah start kerja kat company tu. Apa boleh buat, sambung je la. Lepas beberapa minggu, aku jatuh sakit. Mulanya aku pergi check up kat dispensari dalam kawasan uni. Tapi cuma ubat paracetamol je yang aku dapat. Demam aku tak baik-baik jugak. Aku decide nak pergi check di hospital islam az zahra dah alang-alang aku tak perlu bayar satu sen pun walaupun itu hospital swasta. Aku tak perlu bayar disebabkan abah aku kerja dengan tnb, dan semua ahli keluarga ditanggung oleh tnb untuk sebarang rawatan di mana-mana hospital/klinik panel di seluruh negara. Sepanjang aku study kat uni tu aku ambil kesempatan ni untuk dapat service lebih baik di hospital swasta.
Pertama Kali Warded
Bila aku check di hospital tu, doktor syak aku kena denggi. Doktor sarankan aku buat ujian darah. Aku ni dah la tak suka sangat ambil darah. Bukan sebab takut, tapi setiap kali nak cucuk tu jadi risau. Nurse yang ambil darah aku tu sangat baik, siap bismillah dulu sebelum cucuk sekurangnya tenang la sikit hati. Lepas ambil darah nurse suruh tunggu sejam kat ruang menunggu. Lepas cukup sejam, aku dipanggil masuk jumpa doktor. Doktor sah kan memang aku kena denggi. Doktor minta aku cepat-cepat ke hospital untuk admit wad. Kali ni aku minta doktor tuliskan referal letter untuk aku admit wad di hospital columbia, taiping. Sekurangnya aku dekat dengan family. Tak nak la aku duduk dalam wad kat area lembah klang ni sorang-sorang. Aku terus beli tiket bas dan balik ke taiping. Esoknya aku bawa surat referal tu ke hospital ditemani mama. Dan aku pun dimasukkan dalam wad untuk rawatan lanjut. Ini lah kali pertama warded sepanjang hidup aku.
Selesai 4 hari aku di wad disebabkan denggi. Aku balik ke uni untuk sambung kerja kat tempat intern. Bila cukup bulan masing-masing dapat elaun. Elaun aku paling sikit disebabkan aku masuk lewat intern dan aku mc 4 hari disebabkan denggi. Sudahlah elaun cuma 200. Dipotong lagi. Pasrah je la. Selepas sebulan lebih di situ. Barulah kami dapat task yang sesuai dengan apa kami belajar. Aku ditugaskan untuk bina satu sistem payroll untuk kegunaan syarikat. Dari situ aku belajar cara bangunkan sistem in real time selain belajar masa kat uni. Dan untuk pengetahuan, company tu memang tak pernah ada department it dan kami memang tak da siapa nak dijadikan rujukan atau kaunter pertanyaan berkaitan it. Semuanya kami google sendiri saja. In fact, kehadiran kami berempat lah mewujudkan department it tu kat company ni.
Akhirnya Belajar Sesuatu
Satu hari, sorang senior staff kat situ ajak kami join dia pergi usim. Ada technology sharing kat situ berkenaan 3d printing. Excited jugak aku nak tengok 3d printer depan mata. Bila sampai sana, ada pulak disediakan makan. Masa presentation tu macam biasa la, memang aku makan je la. Lepas habis presentation tu, diorang tunjuk demo macam mana 3d printer berfungsi. Banyak ilmu aku dapat berkaitan 3d printer masa tu. Siap aku terpilih jadi model untuk diorang scan dan demo printing muka aku. Cuma tak boleh nak tengok finished product je masa tu sebab katanya proses printing ambil masa yang lama. Ikut size yang nak di print. Balik dari technology sharing event tu, aku fikir sekurangnya ada la jugak benda berkaitan dengan technology atau secebis berkaitan it yang aku belajar.
Sepanjang kat situ, disebabkan tak banyak kerja yang kami buat. Kerap jugak kami buat benda yang tak sepatutnya. Contoh, main kad terup, main game online. Yang paling rare, aku kantoi main chess dengan kawan aku. Bos nampak, so bos aku ajak sparring lawan chess dengan dia. Sejujurnya sampai ke hari ni aku masih rasa ralat sebab aku mampu kalahkan dia tapi ada 1 step aku tersilap membuatkan dia counter balik dan aku kalah. Aku guna alasan hormat bos menyebabkan aku kalah. Haha.
Berbalik kepada tugasan aku untuk create payroll system tu, dengan pengalaman itu aku jadikan sebagai projek final year aku kat uni. Dah alang-alang source code masih ada, cuma perlu ubah sikit-sikit je. Bila visiting lecturer datang untuk bagi markah internship, ada jugak la benda nak cerita. Nasib baik lah. Kalau tak mungkin jugak aku gagal internship untuk semester tu.
Masih Misteri
Demikian lah pengalaman aku serba sedikit masa intern kat syarikat misteri tu. Kenapa aku panggil syarikat misteri? Sebab syarikat tu dah tak wujud sekarang. Beberapa kali jugak aku pernah lalu kat kawasan office tu, banner yang tulis nama company tu pun dah tukar jadi signboard kedai lain. Aku ada friend dengan bos-bos kat company tu masa intern, latest update aku tengok dari posting bos tu pun dia dah menceburi bidang saham. Aku assume company tu dah tutup.

0 comments:
Post a Comment