بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Blog ini adalah bertujuan untuk aku menceritakan pengalaman hidup aku untuk rujukan aku dan warisku pada masa akan datang. Aku harap medium ini dapatlah dijadikan kenangan yang boleh dibaca oleh orang-orang disekelilingku pabila aku sudah tiada

May 10, 2025

Backpacker

 Salam,


Hari ni 10 mei 2025, 7:34 PM. aku tengah dengar podcast dari Dol's podcast. guest kali ni Fakhrul Aizat yang famous dengan content dia trip pergi india tu. dalam mendengar tu ada la sebut pasal backpacker. teringat aku satu masa dulu aku ni suka travel tapi fulus je tak de. sejak aku kat uniten aku mula minat travel. sampaikan aku join group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) kat facebook. banyak info aku dapat dari group tu. pasal tips nak mula backpacking, pasal persediaan dan bajet. pasal itinerary. 

punya la semangat tu sampaikan aku pergi downtown cari beg. masa tu target aku kalau bukan deuter, karrimor. tapi student kan masa tu mana ada bajet sangat. last-last aku pergi kat pertama kompleks dengan girlfriend aku (sekarang dah jadi isteri). pusing-pusing jumpa satu kedai ni dan aku berkenan dengan beg kat situ. warna hijau neon. beg tu pun aku share duit dengan gf aku tu aku tak ingat harga dia berapa tapi dalam rm150 kalau tak silap. bukan lah branded pun. tapi beg tu sangat berjasa dengan aku. 

1st trip aku dengan beg tu bila aku pergi pulau perhentian dengan kawan aku, afiq. masa tu nak dekat cuti sem. aku plan dengan afiq dan member lain tapi afiq je setuju. so aku book pakej trip perhentian ni yang aku jumpa kat instagram. trip 3 hari 2 malam ni aku pilih masa dah start cuti sem pun. so, masing-masing pun balik kampung. aku kat perak, afiq kat johor. so dari johor tu dia naik bas pergi ke KL. aku pun dari perak naik bas pergi ke KL jumpa di TBS. dari situ aku dengan afiq naik bas KL - Kuala Besut. 

so itu la trip pertama aku dengan beg aku tu. nanti ada masa posting lain aku story pasal perhentian tu. sebab ada jugak kenangan yang susah aku nak lupa kat situ. selain trip perhentian tu. pernah jugak aku play tourist kat KL. aku jalan sorang-sorang. stay kat hotel la. tapi acah2 backpaker kat situ dengan beg hijau aku tu. 

tapi hasrat aku nak meneruskan jadi backpacker ni tak la success sebab kekangan kewangan dan kekangan masa. tapi yang membuatkan beg ni sangat berjasa dengan aku bila kerja pertama aku bila habis study degree tu, memerlukan aku banyak travel. banyak outstation. so kat sini la berguna nya beg ni sebab kemana saja aku pergi aku akan bawak beg ni sekali. jitra, alor setar, sungai petani, seberang prai, georgetown, bayan baru, ayer itam, bukit mertajam, manjung, kota bharu, kuala besut, kulai, johor bharu, kuching, kota kinabalu, tawau. ni semua bandar yang aku pernah outstation atas urusan kerja dan aku heret sekali beg aku ni. naik kereta, naik bas, naik kapal terbang. so dalam urusan kerja tu dapat la merasa backpacking sambil-sambil kan. 

selain tu pernah jugak aku pergi batam dengan beg ni la jadi peneman. aku pernah cerita pasal batam sebelum ni. boleh refer posting trip batam aku. selain tu beg ni aku pernah bawak sampai ke Guangzhou, hatyai selain dari jadi beg travel aku setiap kali balik kampung. sampai la aku dah berkahwin, lepas tu pakai bagasi je. 

hari ni umur aku dah 30, dari umur aku 20 aku berminat nak backpacking, aku rasa aku mungkin lupakan je sebab sekarang pun dah berkeluarga, dah ada anak. susah sikit la nak backpacking. tapi kadang aku kagum tengok ada yang masih kekal minat dan teruskan backpacking siap bawa family sekali. 

sekian tu je nak cerita pasal minat yang dah dilupakan aku dulu. kat bawah ni aku sertakan gambar-gambar yang aku travel dengan beg ni. jumpa lagi posting lain nanti. adios!!


Masa ni pergi ke Batam, tak plan, gerak solo je. balik kerja hari jumaat tu terus pack barang, book tiket bas apa semua. terus naik mrt gerak ke TBS, naik bas pergi johor. pastu naik feri pergi batam. penat tapi berbaloi.


typical gambar bila travel kan, ni gambar masa tunggu flight nak pergi guangzhou. yang ni travel dengan family.


masa outstation ke kota kinabalu, sabah. aku request tiket flight balik ke KL tu lambat sikit sebab alang-alang sampai sana, aku jalan-jalan ke kundasang. sewa kereta.


ni acah-acah tourist, solo trip kat KL.


masa ni aku sangkut kat penang. kereta company rosak, terpaksa extend 1 malam lagi kat situ. ni aku tengah tengok uncle ni repair starter kereta tu. 


2018 hari bersejarah masa PRU kali pertama bertukar kerajaan. aku tak pergi mengundi masa ni. sebab aku kena buat kerja kat johor. tapi hari mengundi tu cuti kan, so aku jalan-jalan ke singapore sorang-sorang. tapi tak bawa la beg tu. 


ni masa outstation ke kuala besut. aku naik flight dari KL ke kota bharu, pastu naik grab ke kuala besut. masa tu musim tengkujuh. hujan je sepanjang masa. lepas settle kerja, nak balik grab tak de kat situ. aku naik je teksi yang ada kat situ. borak-borak dengan pakcik tu, dia singgah kedai keropok lekor ni, untuk aku beli bawa balik. hujan-hujan ni akak tu pulak suruh ambik je makan lekor tu free. nak bawa balik je bayar. makan situ free ambik je banyak mana nak. 

ni view dari atas dekat hotel aku duduk tu. serious takut sebab bilik aku tingkap menghadap laut. dengar bunyi ombak kuat sebab tengkujuh. aku tengok laut pun seram.


masa ni outstation ke kuching. ni la kali pertama aku jejak kaki ke sarawak. dengan trip ni lengkaplah negeri seluruh malaysia aku pernah pergi. side note, nak naik sampai ni seberang sungai aku pikir beratus kali sebab takut sungai tu ada buaya. 
 

ini trip pertama aku yang naik flight masa kerja dulu. 1st time fly terus ke tawau. bandar yang kecik tapi sampai hari ni aku masih ingat. best. makanan dia best. 


satu lagi typical gambar kan. haha


masa ni ada kenduri kat kedah, aku cuti sem tapi mama suruh aku balik terus dari KL ke kedah jumpa kat situ. habis kenduri baru naik kereta dengan family aku balik taiping. aku pun fly terus ke alor setar. trip ni aku ingat aku tidur kat airport. sebab aku minta tolong kawan aku hantar ke klia tapi dia kena gerak awal. flight aku pulak awal pagi esoknya. so dia hantar la aku petang tu. aku stay dari petang tu sampai la esoknya flight awal pagi lepas subuh. 


macam ni la aku menunggu teksi kat depan kediaman pelajar kat uniten. naik teksi pergi tbs naik bas balik taiping. ni la beg yang aku cakap tu. menyerlah kan?


selfie sikit dengan beg ni


beg travel kesayangan yang kini hanya menjadi kenangan. (actually beg ni sampai hari ni masih ada cuma dah tak pakai je.)



October 12, 2023

Batam

Salam

Masa bujang dulu, aku suka tengok-tengok tempat orang. Pengalaman aku duduk asrama masa kat teknik dulu, bila outing aku keluar explore bandar ipoh. Tapi tak la semua tempat aku dah explore kat ipoh tu. Bila aku masuk universiti, aku explore lagi bandar bangi, kajang dan masa tu jugak aku pernah berjalan sorang-sorang kat kl sepanjang hari. Aku tak tidur tau sebab tak cukup duit nak sewa hotel. Lain kali aku cerita pengalaman aku berjalan-jalan sorang diri kat kl. Kali ni aku nak cerita kenangan aku bawa diri ke batam, indonesia.


Mewah Sangat

Tahun 2019, aku masa tu kerja kat subang jaya. Bagi aku masa tu paling mewah buat aku sebab aku tak banyak komitmen. Gaji okay, rumah sewa tak perlu bayar sebab aku tumpang rumah kakak aku kat kota damansara. Aku cuma bayar bil api dan bil air je. Aku pergi kerja naik motor yang dah habis bayar pun. Dan aku tak da kereta masa tu jadinya aku tak da komitment untuk bayar apa-apa kenderaan melainkan maintenance motor dan minyak buat pergi kerja. Satu-satunya komitmen aku masa tu ialah pinjaman pendidikan yang cuma 100 ringgit saja sebulan. Jadi lebih 90% dari gaji aku masa tu cuma untuk aku enjoy. Itu la kesilapan yang sampai hari ni aku rasa ada sedikit sesal sebab sepatutnya aku ada banyak saving tapi aku banyak membazir masa tu. Bayangkan masa tu tengah viral buttermilk chicken dengan boba milk tea. Aku pulak kerja kat ss15 subang jaya tu yang orang panggil ss15 darul boba masa tu. Memang kerap sangat aku belanja duit aku untuk beli air boba tu dengan buttermilk chicken. Lepas tu pulak gf aku masa tu stay kat sungai buloh, tak jauh dengan kota damansara. Kerap jugak pergi dating, tengok wayang, makan benda-benda best. Sedangkan duit tu aku boleh guna untuk saving atau invest dalam apa-apa yang dapat bagi pulangan untuk kegunaan aku hari ini.

Berbalik kepada batam, aku kerja agak stress kat situ. Bukan sebab kerja tu susah tapi environment tu yang tak menyenangkan. Alang-alang aku masih ada passport yang aku buat masa pergi umrah dulu, dan dengan kewangan yang agak baik masa tu, aku decide nak merantau tempat orang. Tapi aku tak nak pergi jauh-jauh sangat sebab aku tak cukup masa. Aku cuma ada cuti weekend 2 hari saja. Aku tak apply cuti dan ini pun bukannya trip yang aku plan dah lama. Lebih kepada spontaneous trip. 2 hari sebelum aku bertolak, aku ada research sikit pasal tempat yang aku nak pergi. Dan aku decide untuk pergi batam. Aku siap list kan tempat-tempat yang aku patut pergi dan apa yang aku patut buat kat sana. Sebab pengalaman aku masa pergi guangzhou dulu agak memeningkan kepala kalau aku tak research dulu betul-betul. Aku beli siap-siap tiket bas dari tbs ke larkin, johor dan aku pun dah book hotel kat batam untuk 1 malam. Cuma tiket feri je aku tak beli sebab aku tak tau aku sampai johor pukul berapa. 


Day -1

Permulaan Perjalanan

5 julai 2019, hari jumaat, lepas balik dari kerja aku terus siap-siapkan beg travel aku yang dah bersama dengan aku merata-rata tempat dah. Pukul 9 lebih malam aku naik grab dari rumah di kota damansara menuju ke stesyen mrt surian. Tak jauh pun tapi sebab aku baru balik dari kerja, jadi malas sikit nak jalan kaki. Pukul 10 malam aku naik mrt dari stesyen surian tu menuju ke stesyen lrt plaza rakyat. Disebabkan aku naik mrt, aku kena turun di stesyen mrt merdeka dan jalan kaki ke lrt plaza rakyat. Dari plaza rakyat, pukul 10.20 malam, aku naik lrt menuju ke bandar tasik selatan untuk pergi ke terminal bersepadu selatan (tbs). Aku sampai di tbs lebih kurang pukul 11 malam. Tapi tiket bas aku pukul 1 pagi. Jadi aku lepak dulu kat tbs tu. Tak banyak kedai buka sebab dah lewat malam. Aku cuma beli roti dan air kotak kat kk mart dan tunggu sampai pukul 12.30 pagi. 


Day -2

Berperang Dengan Tidur

6 julai 2019, hari sabtu, 12.30 pagi aku turun ke platform untuk naik bas. Tapi bas belum sampai. Lebih kurang jam 12.50 macam tu baru bas sampai. Tepat pukul 1 pagi bas bertolak ke larkin. Sepanjang perjalanan aku tidur je. Tapi banyak kali jugak aku terjaga sebab bas ni banyak kali berhenti untuk turunkan penumpang atau ambik penumpang sepanjang perjalanan ke larkin tu. Lebih kurang jam 4.30 pagi aku sampai kat stesyen bas larkin. Aku dalam keadaan mengantuk aku turun bas dan aku rasa aku perlu beli tiket bas balik ke kl terus untuk esok sebab aku risau bas penuh. Tapi disebabkan aku tak sure pasal perjalanan feri aku cuba play safe, aku beli tiket bas yang lewat sedikit. Jadi aku beli tiket bas balik ke kl dari larkin jam 11 malam. Aku tahu feri akan mula jalan start pukul 7 pagi waktu malaysia. Dan terminal feri tu pun cuma buka dari pukul 6.30 pagi. Jadi aku ada 2 jam lagi sebelum kaunter buka. Aku singgah kedai mamak kat terminal bas larkin tu untuk sarapan awal pagi. Aku bukanlah peminat kopi tapi aku terpaksa minum kopi untuk bantu aku berjaga. Tapi aku tewas jugak, aku tertidur sekejap kat kedai mamak tu. Tak lama aku tertidur, bila aku bangun aku berjalan-jalan sekitar terminal bas untuk tengok suasana awal pagi kat situ. Aku masuk toilet untuk bersihkan diri. Aku tengok suasana kat terminal bas tu tak jauh beza dengan kat kl. Gelandangan merata-rata. 

Pukul 6 pagi aku naik grab dari terminal bas tu ke terminal feri berjaya waterfront, stulang laut. Tak jauh pun perjalanan dari larkin ke stulang laut. Dalam 15 minit aku dah sampai. Aku tengok ada jugak orang kat situ yang bergegas masuk terminal. Mungkin nak ke batam jugak macam aku. Tapi rata-rata aku tengok bukan orang malaysia. Nampak macam orang indonesia. Aku assume diorang datang johor untuk bekerja dan balik ke batam bila weekend. 6.30 aku beratur kat kaunter tiket. Tak la beratur sangat sebab depan aku cuma sorang saja masa tu. Dan kat situ ada banyak kaunter berlainan syarikat feri. Aku tahu masa aku buat research ada 2 cara nak masuk ke batam melalui feri. Samada melalui terminal feri batam centre atau harbour bay. Aku pilih untuk masuk melalui harbour bay sebab dari jeti harbour bay tu tak jauh nak ke tempat-tempat yang aku listkan. 


Batam, Let's Go!!

7.15 pagi waktu malaysia, staff kat terminal tu dah start panggil orang untuk naik feri. Aku lalu imigresen malaysia macam biasa, tunjuk passport, tiket feri. Sejujurnya bagi aku proses kat sini lebih mudah berbanding nak ke singapura. Bila aku masuk je feri, feri tu seakan feri langkawi. Tapi mungkin kecil sedikit. 7.30 pagi feri mula bertolak. Dan disebabkan aku masih mengantuk dan letih, aku tidur je dalam feri tu sebab perjalanan dari jeti stulang laut ke jeti batam lebih kurang 2 jam. 9.40 pagi aku sampai di harbour bay terminal, batam. Kat sini waktu awal sejam dari waktu malaysia. Kiranya kalau 9.40 aku sampai tu, kat sana dah pukul 10.40 pagi. Jam dekat fon aku pun automatik berubah ikut lokasi. Bila sampai terminal tu aku tengok boleh tahan ramai jugak orang. Aku kena beratur untuk cop passport kat imigresen. Agak lama proses ni sebab kaunter tak banyak tapi orang sangat ramai. Hampir sejam baru aku dapat cop passport aku. 

Selesai cop passport, aku terus cari jalan keluar dari terminal. Dari sini dah mula masalah yang aku tak terfikir sebelum datang, aku tak da line telefon kat situ. Plan asalnya aku nak naik goride (orang local panggil gojek) kemana-mana destinasi aku. Tapi aku tak da internet untuk buka apps tu dan aku pun tak pernah guna apps tu jadi aku macam blur sikit. Tapi berapa lama aku nak stay situ, aku fikir aku patut pergi ke mana-mana mall sebab kat mall maybe ada wifi dan aku boleh guna wifi untuk explore apps gojek tu. Memandangkan masih awal untuk aku check in hotel, aku naik je teksi kat situ menuju ke nagoya hill mall. Dalam teksi tu ada jugak aku bersembang dengan driver teksi, katanya ramai orang singapore yang datang ke batam. Orang malaysia jarang-jarang sekali baru ada. 


Crisis Cari Makanan

Sampai je kat nagoya hill mall tu, aku jalan-jalan dalam mall tu. Besar mall tu. Dan agak ramai orang. Mungkin juga hari minggu jadi orang tempatan pun ambik kesempatan untuk luang hari minggu jalan-jalan kat mall. Cuaca boleh tahan panas juga jadi decision aku untuk jalan dalam mall ni sekurangnya da juga air cond. Sejuk sikit. Sejam jugak aku jalan-jalan dalam mall tu tanpa arah tujuan sambil-sambil aku tengok kedai-kedai makan. Ada satu tempar dalam mall tu seolah foodcourt ada jual nasi ayam penyet, nasi padang. Makanan orang indonesia. Tapi aku was-was nak makan sebab orang indonesia tak semuanya muslim. Walaupun negara indonesia ni majoritinya islam. Dan kita susah nak bezakan yang mana muslim yang mana bukan. Disebabkan was-was aku tu, aku tak makan kat foodcourt tu. Aku masuk lagi dalam mall dan aku jumpa restoran d'penyetz. Yang buat aku yakin sikit sebab pekerjanya ada yang bertudung dan pelanggan yang makan situ pun ada yang bertudung. Tapi still aku tak boleh terus assume kedai ni halal 100% so aku play safe, aku order nasi putih, ikan tilapia madu dan air soda gembira. Basically air soda gembira tu cuma air sirap bandung tapi campur dengan  air ais krim soda. Tapi ikan tilapia madu tu betul-betul sedap. 


Ini Wayang ke Hotel?

Lepas selesai makan, tak jauh dari restaurant tu ada panggung wayang. Aku pergi tengok-tengok kat situ. Kalau kat malaysia, wayang macam gsc, tgv, mbo jenis terbuka. Ada kaunter beli tiket, kaunter beli makanan lepas tu pintu masuk ke hall. Tapi di batam ni, nak masuk ke wayang tu ada pintu dan ada orang yang jaga di pintu tu. Bila aku sampai situ, orang tu buka kan pintu untuk aku. Kat dalam tu macam kita masuk lobby hotel. Ada kaunter beli tiket di sebelah kiri. Aku tak nampak kaunter beli makanan aku tak sure aku tak nampak atau tak perasan. Tapi seriously suasana macam kat lobi hotel 4 bintang. Aku ni jenis yang agak pemalu sikit. Nak ambil gambar pun malu. Jadi aku curi-curi ambik gambar dan cepat-cepat keluar dari situ. 


Dugaan Naik Gojek

Aku tengok jam dah lebih pukul 2 petang. Check in hotel pukul 3. Jadi aku mula cari kedai yang ada wifi untuk aku explore apps gojek tu. Masa aku keluar kat pintu utama mall, aku tak nampak motor gojek area situ. Aku jadi risau takut tak da kenderaan nak ke hotel. Nak jalan kaki pun aku tak tahu jalan. Nak guna maps pulak aku tak da internet. Aku singgah kat restaurant a&w sebab situ ada wifi tapi aku cuma order ais krim sebab segan nak duduk situ tapi tak order apa-apa. Nak makan pun aku masih kenyang. Hampir 30 minit aku explore apps gojek tu. Akhirnya aku order satu gojek untuk ke hotel. Tapi aku tak tahu macam mana nak pin pick up location sebab aku ada di a&w tu sebab nak guna wifi. Pick up point bukan di situ jadi kalau aku keluar dari situ mesti hilang line internet aku. Berpusing-pusing akhirnya jumpa jugak gojek yang aku order. Kali pertama naik motor gojek ni. Rider tu bagi aku helmet untuk aku pakai. Dia bawa motor jenis skuter. Perjalanan ke hotel aku perhatikan bandar batam ni seolah bandar ipoh masa tahun 2010an. Bangunan-bangunan tak tinggi. Rider tu pulak bawa agak laju, risau pulak aku takut excident. Pukul 2.50 aku sampai kat sky view hotel. Tapi waktu check in pukul 3 jadi penyambut hotel tu minta aku duduk dulu kat ruangan menunggu. "Maad ya pak waktu check in nya jam 3 jadi bapak boleh duduk dulu ya" kat ruang menunggu tu ada disediakan air minuman percuma. Tepat jam 3 petang, aku dipanggil untuk urusan check in. "Bapak namanya apa?" terasa macam tengok sinetron pulak. Lepas check in aku pun masuk bilik untuk rehat. 


PisCok Kipas

 

Dari pagi tadi aku belum mandi. Bila dah masuk bilik aku bersihkan diri, cuaca panas kat luar, bila mandi dengan air sejuk sangat-sangat nyaman. Pastu bila keluar dari bilik air, terkena pulak aircond yang aku terus set pada 16 celcius. Rasa macam kat iceland. Masa aku explore apps gojek ni tadi, aku perasan ada bahagian food delivery. Jadi aku tengok-tengok apa yang boleh aku order untuk makan petang tu. Ni kali pertama aku nak order makanan guna apps gojek ni, aku ada dapat diskaun untuk first time user. Aku pun order pisang goreng tapi disebabkan jarak gerai ni tak lah jauh sangat dan harga pisang tu pun tak mahal. Lepas tolak diskaun, aku tak perlu bayar apa-apa. Jadi, aku dapat makan pisang goreng percuma petang tu. Aku order 2 item, piscok & pisang goreng kipas original. Piscok tu basically cuma pisang dengan coklat yang di balut dengan kulit popia dan digoreng. Pisang kipas tu pulak sebiji pisang yang dibelah dan disusun seakan kipas tangan. Pukul 3.30 aku start order, 4.30 baru gojek sampai. Agak lama jugak tapi bila aku turun nak ambil makanan yang aku order, rider gojek tu pulak yang bingung sebab aku tak perlu bayar apa-apa. Dia tanya aku tapi aku first time guna lagipun aku bukan orang situ, macam mana aku nak explain. Rupanya bila dia tekan complete delivery tu, baru la duit upah tu masuk dalam akaun dia. Aku pun naik bilik hotel aku dan makan pisang. Bila teringat balik, sedap piscok tu. Pisang kipas tu rasanya macam pisang goreng biasa cuma rupa dia je lain sikit. Cukup la buat isi perut aku sementara tunggu dinner nanti. Lepas makan, aku tidur sekejap.


Cari Seafood Buat Ubat Gout

Masa aku tunggu pisang tu sampai, aku ada cari-cari kedai untuk aku makan malam nanti. Disebabkan aku di pulau, mesti la aku nak makan seafood. Ada 5 restaurant yang aku jumpa sekitar batam yang top rated. Setiap satu tu aku check jarak, berapa tambang gojek nak ke sana dan aku baca review kedai tu kat google. Kat bawah ni list kedai yang aku jumpa dan tambah gojek dari hotel ke kedai tu. 

Rezeki rp38,000
Dendang melayu rp53,000
Jawa melayu rp52,000
Barelang seafood rp54,000
Golden prawn rp14,000

Lepas aku check semua, aku decide untuk pergi yang paling dekat. Sebab bajet aku tak la banyak. Aku cuma ada cash 1 juta rupiah je masa aku tukar duit untuk datang ke batam. Dan 1 juta tu saja bajet aku untuk berbelanja di batam sebab yang lain-lain macam tiket feri dan hotel aku dah bayar siap-siap. Lebih kurng pukul 9 malam (waktu malaysia) aku naik gojek menuju ke restaurant golden prawn seafood. Perjalan tak lama sangat lebih kurang 20 minit sampai dan sepanjang perjalanan tu aku nampak macam ada pasar malam sebelum sampai ke restaurant. Agak unik pasar malam tu di tepi-tepi jalan utama. Tak macam di malaysia, pasar malam biasanya conquer sepanjang lorong jalan tu dan tak da kenderaan boleh lalu. 


Berapa Pinggan Nasi Nak Makan?

Bila sampai di restauran tu, aku tengok ada 2 kedai bersebelahan. Aku pilih untuk makan di kedai yang sebelah kiri sebab aku nampak lebih meriah dan ada orang muslim kat situ. Masuk je kedai tu ada macam-macam seafood masih hidup lagi. Udang, ketam, kerang, dan banyak lagi masih hidup dalam kolam. Tinggal pilih je nak yang mana. Aku tak banyak bajet jadi aku tak pilih untuk makan banyak. Lagipun aku sorang saja. Staff restauran tu suruh aku duduk nanti diorang akan datang ambil order. Aku diberi menu untuk aku tengok apa aku nak makan. Lepas aku tengok menu tu, aku decide untuk order sotong bakar, udang nestum dan air jus oren. First sekali nasi sampai, aku order nasi satu pinggan tapi dia datang hantar 1 pinggan kosong dengan satu periuk nasi. Banyak betul nasi seolah untuk 3-4 orang makan. Lepas tu lauk-lauk pun sampai. Sotong bakar tak macam di malaysia. Kebiasaannya sotong bakar di malaysia ada sambal yang menyaluti sotong tu. Tapi di situ memang semata-mata sotong yang dibakar tapi ada rasa perapan sikit. Dan udang nestum pun bukan hidangan berkuah. Tekak aku kering sikit nak telan makanan tu. Nasib baik jus oren ada boleh la aku basahkan tekak sikit.

Overal udang dan sotong dia sedap sangat. Bila nak bayar, aku ke kaunter dan total harga makanan yang aku makan tu rp140,000. Lebih kurang 40 ringgit duit malaysia masa tu. Untuk udang segar sepinggan dan sotong yang hampir sama besar dengan tapak tangan aku, aku rasa not bad harga dia. Dan aku baru tahu rupanya kedai tu konsep restaurant terapung dan meja yang aku duduk makan tu atas air. Cuma aku tak perasan sebab dah malam jadi air pun jadi gelap. 


Dugaan Gojek Kali Ke-2

Lepas perut kenyang, aku pun order gojek untuk balik ke hotel. Lagipun dah dekat pukul 10 masa tu. Lewat dah. Mula-mula aku order gojek, lepas berapa minit gojek tu cancel. Ah sudah, macam mana aku nak balik. Aku cuba lagi sekali nasib baik kali ni gojek tu accept tapi agak lama sebelum dia sampai. Bila sampai rider tu bagitahu aku "Maaf ya mas, jalannya macet" ohh jalan jem rupanya. Maybe sebab tu rider yang tadi tu cancel. Bila aku naik motor dah balik ke hotel, rupanya yang jem tu kat kawasan luar parking restaurant tu sampai lah ke kawasan pasar malam tadi. Ramai betul orang. Aku sampai depan hotel aku bayar duit tambang gojek tu. Tapi aku lupa nak buka helmet. Sekali lagi dialog yang aku tak lupa "Mas, helemnya mas" nasib baik aku biasa tengok sinetron, tahu la aku helem tu maksud dia helmet. 

Masa aku sampai tu aku nampak selang 2-3 lot kedai sebelah hotel tu ada kedai runcit. Aku fikir nak beli jajan sikit buat kunyah-kunyah sambil tengok tv. Kedai runcit situ dipanggil indomaret. Atau indomart. Aku perasan indomaret ni macam 7eleven kat malaysia. Merata-rata kedai ni kat sekitar batam. Aku beli air tehbotol tapi versi air kotak. Dan aku beli lebih sikit untuk bawa balik ke malaysia. Teh rasa wangi. Lepas tu aku masuk bilik dan buka tv. Ada perlawanan bola tapi aku tak ingat siapa yang main masa tu. Lepas aku tengok bola aku pun tidur. 


Day - 3

Berperang Dengan Tidur part II

7 julai 2019 - hotel tu ada sediakan breakfast. Dah masuk sekali dalam pakej yang aku book tu. Aku still mengantuk tapi tak nak terlepas waktu breakfast tu, aku paksa diri untuk turun jugak makan. Menu breakfast tu simple je. Roti bakar, nasi goreng, air oren. Lepas makan aku balik ke bilik and sambung tidur. Lebih kurang jam 10 pagi aku bangun tapi aku rasa kalau aku keluar nanti nak kena balik pulak untuk kemas beg dan check out pukul 12. So aku stay je dalam bilik sampai 11.30 baru aku start berkemas untuk check out. Pukul 12 tengahari aku check out dan tunggu gojek untuk aku pergi batam city square (bcs) satu lagi mall yang besar kat batam ni. Kata orang nak cari barang boleh la cari kat sini sebab murah. Dalam 15 minit gojek rider sampai, aku terus ke bsc. Lebih kurang 15 minit je dari hotel tu. 


Tauhu Dia Sedap Tahu?

Sampai je kat bcs, aku masuk mall tu aku nampak ada orang jual air tebu fresh. Agak rare sikit bagi aku sebab biasanya orang jual air tebu fresh ni kat tepi-tepi jalan je kat malaysia. Tapi ni buka dalam mall. Dia perah batang tebu tu kat situ jugak. Aku pun order la air tebu 1 cawan. Segar air dia cuma tak manis sangat. Memang betul-betul tebu dia tak campur dengan gula. Aku pun pusing-pusing ronda dalam bcs tu sampai lah masanya aku lapar nak makan lunch. Aku nampak restaurant yang sama dengan restaurant aku makan lunch hari sebelum tu kat nagoya mall, d'penyetz. Dan kali ni aku lebih yakin bila aku nampak logo halal kat kedai ni. Rupanya kedai ni milik orang singapura yang buka bisnes di batam dengan menu makanan indonesia. Kali ni aku ambil menu signature kat situ iaitu nasi ayam penyet. Tapi aku tambah tauhu goreng dengan tempe goreng. Masyaallah sedap betul tempe goreng dia. Tauhu dia pun berjus lagi. Dan air pulak macam semalam tu aku order soda gembira sebab air tu sedap.


Lari-Lari Curi WiFi

Lepas makan, aku sambung jalan-jalan kat mall tu. Sambil-sambil aku tengok handbag untuk aku beli nak jadikan hantaran. Masa tu aku plan nak kahwin, jadi bila dah alang-alang ada kat batam tu, nak carikan barang untuk dijadikan hantaran. Tapi bila tengok harga kat situ, tak la murah sangat. Lebih kurang je harga kat malaysia. So aku tak jadi beli apa-apa. Cumanya aku rasa aku perlu sesuatu untuk dijadikan kenangan. Bosan la kalau beli keychain kan?. Jadi aku cari benda lain. Lepas pusing-pusing aku nampak baju batik. Menarik juga sebab budaya orang indonesia kan pakai baju batik. Tapi sayangnya tak da size aku pulak. Nasib baik lepas tu aku jumpa satu baju kemeja yang not bad untuk aku pakai jalan-jalan. So aku beli sehelai baju kemeja dengan satu tali pinggang sebagai kenangan. Dan aku belikan juga sahelai baju untuk bakal isteri aku. Pasal baju untuk bakal isteri aku tu pun kalau diingat balik rasa kelakar. Sebab aku contact dia guna whatsapp tapi sebab aku tak da internet, aku kena pergi dekat dengan kfc kat mall tu untuk connect dengan wifi. Mulanya aku nak belikan baju design batik untuk bakal isteri aku tapi kedai tu pulak tak la dekat sangat dengan kfc tu. Jadi berulang-alik aku antara kedai tu dengan kfc untuk aku hantar gambar melalui whatsapp. Last-last, tak jadi beli pun sebab risau size tak sama. Akhirnya aku turun ke tempat aku beli baju kemeja aku tadi dan belikan sehelai baju blouse untuk dia yang aku agak-agak je size. (bila aku dah bagi baju tu rupanya size besar sikit).


Dugaan Gojek Kali Ke-3

Pukul 4 petang sekali lagi kekalutan terjadi bila aku nak order ride gojek untuk balik ke terminal feri. Aku tak da internet jadi aku kena stay dekat dengan kfc tu untuk wifi. Problemnya bila kfc tu ada di tingkat 1 mall tu sedangkan aku kena turun ke ground floor untuk keluar pintu utama tunggu gojek. Tindakan aku, aku stay kat kfc tu tengok map sampailah bila aku nampak gojek yang aku order tu dah dekat, aku kena ingat nombor plate motor tu dan baru lah aku turun tunggu kat pickup point. Taktik aku tu berhasil bila rider tu sampai aku terus naik je.Lebih kurang pukul 5 petang aku sampai kat harbour bay terminal. Aku terus ke kaunter untuk sahkan tiket feri aku. Sebab aku dah beli tiket return masa kat stulang laut. Rupanya bila kat kaunter tu aku kena bayar lagi 70ribu rupiah untuk cukai. Lepas dah bayar tu, rupanya feri untuk time slot tu dah berlepas. Aku kena tunggu sejam lagi untuk slot berikutnya. Dengan fon tak da internet, aku ronda-ronda dalam terminal tu. Aku ternampak starbuck. Duit pun ada balance lagi, so aku beli air starbuck dan minum situ sambil connect wifi starbuck tu sebab nak kena tunggu sejam lagi sebelum feri sampai.


Unforgetable Memory

6.15 petang aku beratur di imigresen indonesia untuk naik feri. Cop passport keluar dari batam dan terus masuk dalam feri. Disebabkan masa aku datang ke batam aku tidur je sepanjang perjalanan dalam feri tu, aku rasa waktu balik ni aku kena gunakan sepenuhnya untuk menikmati perjalanan tu. Jadi kali ni aku tak duduk kat kerusi, aku naik ke deck atas untuk tengok view. Dan sepanjang perjalan dari terminat harbour bay batam sampai lah ke terminar feri di stulang laut aku betul-betul enjoy di tiup angin laut dan menikmati suasana senja. Dari hari cerah sampai ke gelap aku berdiri atas deck tu membiarkan angin meniup semua tekanan dalam kepala aku. Melalui persisiran singapura, sampai ke pelabuhan pasir gudang. View yang aku sukar nak lupakan. 


Merokok Membahayakan Kesihatan

Selepas lebih 2 jam, akhirnya aku sampai semula di stulang laut. Aku bergegas ke duty free shop kat terminal tu sebab kawan aku kirimkan aku beli barang. Rokok, buat kali pertama aku beli rokok bukan sekotak tapi 2 karton rokok aku beli. Aku sendiri pun tak hisap rokok. Inikan pula nak belikan rokok untuk orang, rasa nervous dan aku tak tahu jenis rokok. Jadi aku tanya je kat orang yang jual tu. Lepas keluar dari kedai duty free tu, aku terus ke kedai makan berdekatan dengan terminal feri tu. Restoran sayam, stulang laut, johor. Abang yang ambil order tu teka aku datang dari batam. Aku iyakan sebab memang aku dari batam. Lebih kurang jam 10 malam aku order grab untuk ke stesyen bas larkin sebab tiket bas aku balik kl jam 11 malam. Sementara tunggu grab tu sempat la jugak aku kena pau dengan sorang gelandangan kat situ. Katanya nak makan tak da duit. Aku bagi semua duit syiling yang ada dalam poket aku total lebih kurang rm2.


Berperang Dengan Tidur part III

Sampai je grab terus aku naik dan bertolak ke larkin. Bila sampai situ, aku tengok jam pun 10.30, aku terus ke platform untuk tunggu bas. Tapi bas pulak delay, dari 10.30 sepatutnya pukul 11 aku bertolak balik. 11.30 baru bas sampai. Lepas naik terus bas tu gerak menghala ke kuala lumpur. Aku tidur dalam bas sebab nanti awal pagi bila sampai ke kl, aku kena balik rumah dan pukul 9 aku kena masuk kerja. Lebih baik aku tidur siap-siap. 


Tewas Dengan Tidur

3.30 pagi aku sampai di tbs. Aku terus order grab untuk balik ke kota damansara sebab waktu tu public train macam lrt/mrt dah tak beroperasi. Lebih kurang 4.30 aku sampai di kota damansara aku letak barang-barang, mandi dan terus tidur dengan harapan aku sempat bangun untuk pergi kerja pukul 8 nanti. Tapi nasib aku tak baik, aku demam pagi tu dan terus ambil mc. So aku rehat saja di rumah sampai petang. 


Ending

Aku sertakan sekali itinerari perjalanan aku sepanjang 2 hari tu dan berapa aku habiskan untuk trip ni. Aku tak la panggil ni trip bajet tapi itu trip yang aku tak terlalu membazir la. 

 




October 06, 2023

Kerja - Part I - Internship

Salam,


Hari ni aku nak cerita pengalaman kerja aku. Bukanlah cerita pengalaman kerja macam kita cerita masa interview tu. Tapi kenangan-kenangan yang aku coretkan dalam hidup aku sepanjang aku melangkah ke dunia pekerjaan.


Part-time Kerja?

Tak macam kebanyakkan budak-budak sebaya aku yang mungkin ada buat part-time lepas habis spm sementara tunggu sambung belajar. Aku tak buat kerja part time bukan sebab aku tak nak, tapi ada 2 sebab, yang pertama aku akui aku agak memilih kerja masa lepas spm tu. Aku tak nak kerja yg typical macam kerja kat supermarket tu. Zaman tu kerja supemarket la yang paling ramai budak lepasan spm try. Sekarang mungkin banyak pilihan macam kedai2 barista, fast food dsb. Aku memilih sebab kakak aku masa dia habis spm dulu dia pernah kerja di sebuah pasaraya berdekatan dengan rumah aku. Macam-macam drama berlaku yang buat aku malas nak kerja situ. Tapi ada juga aku pernah apply kerja kat al-ikhsan, siap isi borang, bagi gambar tapi senyap je tak panggil pun. Sebab yang kedua mama aku tak izinkan. Tapi cuma tak izinkan untuk kerja kat kedai-kedai makan la. Masa tu aku fikir nak belajar berniaga, so aku nak try kerja kat kedai makan. Tapi mak aku tak berapa setuju sebab bab makanan ni tak boleh buat main. Kena jaga betul-betul kebersihan dll. 


Interview Jadi CEO

Sampai lah masanya aku pun dapat offer sambung belajar. Tak merasa lah aku pengalaman bekerja sebab aku terus sambung study. Masa study pun aku tak da buat part-time. Sampailah 2016 aku kena cari tempat untuk internship. Kalau check email aku, boleh nampak lebih dari 50 company aku apply untuk buat intern. Dalam banyak-banyak company yang aku apply tu, cuma 1 je yang panggil aku interview. Satu company kat cyberjaya. Aku pergi interview tu, buat kali pertamanya dalam hidup interview kerja. Kalau nak di ingat balik memang merapu habis aku jawab soalan-soalan interview tu. Siap aku explain pasal gaya leadership kat penemuduga tu. Autokratik, demokratik & laissez faire. Orang tu nak interview aku untuk intern je, bukannya nak ambil aku kerja sebagai ceo, dah kenapa nak cerita pasal kepimpinan bagai. So, terang lagi bersuluh memang aku failed la interview tu. Tapi salah satu sebab lain aku tak dapat intern kat situ, diorang cari budak intern yang final sem, so lepas habis intern boleh terus jadi permanent (kalau perform la masa intern tu). Aku masa tu bukan final semester, aku ada setahun lagi baru habis course aku study tu. Ntah kenapa jadual universiti susun macam tu. Eh salahkan universiti pulak padahal jadual tu boleh je susun sendiri. Aku selalunya follow je jadual yang dicadangkan pihak universiti. 


Reject Offer

Dari company besar ke company kecik, kilang-kilang, sampailah syarikat yang menguruskan bangunan pun aku apply. Picc, putrajaya, aku dapat call tapi kata diorang tak boleh nak terima aku praktikal kat tempat diorang untuk tempoh masa yang aku mintak tu sebab masa tu diorang masih ada student intern lain. Sekurangnya ada juga diorang call aku untuk bagitau aku tak dapat intern situ. Yang berpuluh lain tu? Sunyi sepi. Setelah menunggu akhirnya aku dapat email reply dari sebuah kilang di petaling jaya. Kilang ni obviously bukan dalam bidang yang aku belajar tapi dah orang terima, aku on je la. Aku dengan roomate aku yang dapat masa tu kat kilang tu, kitorang drive dari bangi ke pj sebab nak tengok kilang tu macam mana. Boleh tahan mencabar perjalanan tu, dengan jalan jem, kereta banyak. Mula timbul rasa was-was nak terima offer tu sebab difikirkan macam jauh pulak nak pergi kerja tu nanti. Dalam was-was tu pun aku dah accept offer tu sebab company lain tak da respon.


Internship di Sebuah Syarikat Misteri

Selang seminggu aku dapat offer intent kat putrajaya. Satu company kecil kat presint diplomatik/presint 15 putrajaya. Disebabkan dekat je dengan universiti aku (aku stay kat penginapan pelajar dalam universiti), aku decide nak terima offer dari putrajaya ni. Aku ajak roomate aku pergi ke presint 15 ni nak tengok office. Kitorang jadi pelik sebab company ni tak da sign board. Ikut alamat betul dah tempat kitorang pergi tu. Tingkat 2 lot kedai. Ground floor ada kedai pajak gadai. Aku dengan kawan aku pun try la naik tangga tu. Sampai je tingkat 2 tu kitorang tengok memang ada office. Tapi disebabkan tak ada sebarang papan tanda, aku ketuk pintu office tu sebab nak tanya betul ke ni office yang kami cari. Kalau tak jumpa office macam mana nak lapor diri nanti kan. Untuk pengetahuan, ye aku tak terima panggilan temuduga pun untuk application ni. Tahu-tahu dapat offer je. Bila aku ketuk pintu office tu, ada seorang perempuan buka kan pintu. Bila aku tanya pasal nama company tu, dia mengiyakan siap jemput kami masuk untuk tengok-tengok office tu. Dah alang-alang sampai situ, terus berjumpa dengan bos kat situ, ada la sembang-sembang sikit dah dia cerita apa yang kami patut expect bila start kerja situ nanti. Dan dari situ juga aku belajar guna cable untuk kerja, bukan untuk aku tapi untuk kawan aku yang lagi 2 orang. Depan-depan bos tu aku bagitahu kawan aku 2 orang lagi belum dapat tempat intern, boleh tak kalau dia accept sekali dengan kami? Dan, yes aku berjaya bila bos tu setuju terima kami ber empat untuk intern kat situ. 

Tempoh aku intern sepatutnya 12 minggu dari 29 februari 2016 sampai 20 mei 2016. Tapi aku lewat lapor diri beberapa hari disebabkan aku pergi buat umrah dengan family aku seminggu sebelum tarikh lapor diri tu. Nanti posting lain aku cerita pengalaman umrah aku. Aku tak da kereta sendiri selain motor yang aku warisi dari kakak aku yang dah habis belajar. Tapi roomate aku ada kereta, myvi warna hijau. Dengan kereta tu lah aku dan roomate aku tu pergi kerja. Hari pertama internship bagi aku adalah hari yang dah beberapa hari bagi roomate aku tu. Jadi bagi aku rasa agak nervous dan sedikit teruja. Bila hari aku lapor diri, rupanya kitorang tak da work station. Jadi kitorang ditempatkan dalam bilik meeting untuk sementara waktu. Tugasan pertama aku? Bos ada bagi 2-3 set card holder yang penuh dengan business card dari macam-macam jenis company. Tugasan kami berempat adalah susun semua kad tu dan key in dalam microsoft excel. Nak tahu apa tugasan pertama kawan-kawan aku masa hari pertama diorang intern kat situ? Aku dengar cerita diorang kena pasang almari untuk letak file-file dalam bilik stor di belakang. Untuk pengetahuan, kami berempat belajar dalam bidang teknologi maklumat. Expectation kami bila kerja mesti lah belajar sesuatu berkaitan dengan it, tapi kerja pertukangan yang kami dapat. Haaish

Hari berganti hari, kami meneruskan hari-hari pelik kami di situ. Aku ada terima satu email offer dari company lain untuk terima aku internship. Tapi aku dah pun mula kerja di company ni. Jadi aku cuba bertanya kat lecturer yang coordinate internship semua pelajar di universiti kami. Kalau-kalau aku boleh tukar company lain. Tapi jawapan yang aku terima hampa. Aku tak dibenarkan tukar syarikat lain kalau dah start kerja kat company tu. Apa boleh buat, sambung je la. Lepas beberapa minggu, aku jatuh sakit. Mulanya aku pergi check up kat dispensari dalam kawasan uni. Tapi cuma ubat paracetamol je yang aku dapat. Demam aku tak baik-baik jugak. Aku decide nak pergi check di hospital islam az zahra dah alang-alang aku tak perlu bayar satu sen pun walaupun itu hospital swasta. Aku tak perlu bayar disebabkan abah aku kerja dengan tnb, dan semua ahli keluarga ditanggung oleh tnb untuk sebarang rawatan di mana-mana hospital/klinik panel di seluruh negara. Sepanjang aku study kat uni tu aku ambil kesempatan ni untuk dapat service lebih baik di hospital swasta. 


Pertama Kali Warded

Bila aku check di hospital tu, doktor syak aku kena denggi. Doktor sarankan aku buat ujian darah. Aku ni dah la tak suka sangat ambil darah. Bukan sebab takut, tapi setiap kali nak cucuk tu jadi risau. Nurse yang ambil darah aku tu sangat baik, siap bismillah dulu sebelum cucuk sekurangnya tenang la sikit hati. Lepas ambil darah nurse suruh tunggu sejam kat ruang menunggu. Lepas cukup sejam, aku dipanggil masuk jumpa doktor. Doktor sah kan memang aku kena denggi. Doktor minta aku cepat-cepat ke hospital untuk admit wad. Kali ni aku minta doktor tuliskan referal letter untuk aku admit wad di hospital columbia, taiping. Sekurangnya aku dekat dengan family. Tak nak la aku duduk dalam wad kat area lembah klang ni sorang-sorang. Aku terus beli tiket bas dan balik ke taiping. Esoknya aku bawa surat referal tu ke hospital ditemani mama. Dan aku pun dimasukkan dalam wad untuk rawatan lanjut. Ini lah kali pertama warded sepanjang hidup aku. 

Selesai 4 hari aku di wad disebabkan denggi. Aku balik ke uni untuk sambung kerja kat tempat intern. Bila cukup bulan masing-masing dapat elaun. Elaun aku paling sikit disebabkan aku masuk lewat intern dan aku mc 4 hari disebabkan denggi. Sudahlah elaun cuma 200. Dipotong lagi. Pasrah je la. Selepas sebulan lebih di situ. Barulah kami dapat task yang sesuai dengan apa kami belajar. Aku ditugaskan untuk bina satu sistem payroll untuk kegunaan syarikat. Dari situ aku belajar cara bangunkan sistem in real time selain belajar masa kat uni. Dan untuk pengetahuan, company tu memang tak pernah ada department it dan kami memang tak da siapa nak dijadikan rujukan atau kaunter pertanyaan berkaitan it. Semuanya kami google sendiri saja. In fact, kehadiran kami berempat lah mewujudkan department it tu kat company ni. 


Akhirnya Belajar Sesuatu

Satu hari, sorang senior staff kat situ ajak kami join dia pergi usim. Ada technology sharing kat situ berkenaan 3d printing. Excited jugak aku nak tengok 3d printer depan mata. Bila sampai sana, ada pulak disediakan makan. Masa presentation tu macam biasa la, memang aku makan je la. Lepas habis presentation tu, diorang tunjuk demo macam mana 3d printer berfungsi. Banyak ilmu aku dapat berkaitan 3d printer masa tu. Siap aku terpilih jadi model untuk diorang scan dan demo printing muka aku. Cuma tak boleh nak tengok finished product je masa tu sebab katanya proses printing ambil masa yang lama. Ikut size yang nak di print. Balik dari technology sharing event tu, aku fikir sekurangnya ada la jugak benda berkaitan dengan technology atau secebis berkaitan it yang aku belajar. 

Sepanjang kat situ, disebabkan tak banyak kerja yang kami buat. Kerap jugak kami buat benda yang tak sepatutnya. Contoh, main kad terup, main game online. Yang paling rare, aku kantoi main chess dengan kawan aku. Bos nampak, so bos aku ajak sparring lawan chess dengan dia. Sejujurnya sampai ke hari ni aku masih rasa ralat sebab aku mampu kalahkan dia tapi ada 1 step aku tersilap membuatkan dia counter balik dan aku kalah. Aku guna alasan hormat bos menyebabkan aku kalah. Haha. 

Berbalik kepada tugasan aku untuk create payroll system tu, dengan pengalaman itu aku jadikan sebagai projek final year aku kat uni. Dah alang-alang source code masih ada, cuma perlu ubah sikit-sikit je. Bila visiting lecturer datang untuk bagi markah internship, ada jugak la benda nak cerita. Nasib baik lah. Kalau tak mungkin jugak aku gagal internship untuk semester tu. 




Masih Misteri

Demikian lah pengalaman aku serba sedikit masa intern kat syarikat misteri tu. Kenapa aku panggil syarikat misteri? Sebab syarikat tu dah tak wujud sekarang. Beberapa kali jugak aku pernah lalu kat kawasan office tu, banner yang tulis nama company tu pun dah tukar jadi signboard kedai lain. Aku ada friend dengan bos-bos kat company tu masa intern, latest update aku tengok dari posting bos tu pun dia dah menceburi bidang saham. Aku assume company tu dah tutup. 


May 15, 2023

Kenangan Sekolah Part I

Salam,

Aku lahir 1995. Tahun ni boleh agak la kan aku umur berapa. dalam tempoh 28 tahun hidup ni, 13 tahun aku abadikan hidupkan di sekolah, 4 tahun di universiti. Selama itulah aku menuntut ilmu demi menjadi diri aku yang hari ini. Pun begitu, ilmu tak kan habis, ilmu bukan cuma di sekolah, di sana aku belajar dari mengenal setiap huruf yang ada di alaf ini, belajar menyusun huruf-huruf itu sehinggalah menjadi suatu perkataan dan ayat yang akhirnya aku sematkan dalam penulisan-penulisan aku ini. Dan disitu juga aku belajar apa itu 1 tambah 1, sehingga la fungsi-fungsi math yang aku tak pernah pakai pun akhirnya dalam kerja seharian aku. Tapi tak pa, itu cuma sebahagian dari pembelajaran. Hari ni aku nak cerita kenangan dan pengalaman aku sepanjang persekolahan.

2000


Aku mulakan sesi pembelajaran aku secara formal di sebuah pusat asuhan. lebih dikenali sebagai TASKI ABIM. TASKI tu adalah akronim Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam, anjuran ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Bertempat di kampung pinang, kamunting, perak. taski ni betul-betul bawah surau kampung pinang. Masa tu aku baru umur 5 tahun. mama abah aku hantar aku ke sini sebab nak bagi pendedahan lebih kepada agama islam sejak kecik. Tak macam kakak aku, dia terus masuk ke TABIKA KEMAS. kenangan aku banyak di sini tapi tak lah aku ingat semua sebab dah terlalu lama. Dari taski ni aku kenal faris, shafik, dan beberapa orang lagi yang kalau aku tengok muka aku kenal, tapi nama tak ingat. aku pun manusia, otak ni ada limit nak ingat. hehe

faris tu anak tokey kedai runcit betul-betul sebelah je dengan surau kampung pinang ni. dia pun dulu tinggal kat situ. rumah dia belakang kedai runcit. dari kecik aku membesar dengan kedai runcit tu. gas masak habis, kedai tu la yang mama aku call untuk minta hantar gas. bila aku dah besar sikit, boleh bawa motor, ke kedai tu la aku bawak tong gas untuk tukar dengan yang baru. kedai runcit tu jugak la tempat aku beli kad tepuk, gasing, guli, pemadam. permainan zaman kanak-kanak aku. Shafik tu pun anak tokey kedai runcit jugak, tapi kedai dia jauh sikit. tapi still jalan yang sama dengan kedai runcit faris. 

aku pergi taski naik motor, mama aku hantar. kadang-kadang dengan abah aku. dulu kat rumah ada 2 motor. satu untuk mama, satu untuk abah. mudah untuk mama guna pegi pasar. motor modenas kriss masa tu. abah pakai motor suzuki yang bunyi bingit tu. bila pulas throtle minyak, asap berkepul keluar kat ekzos. sangat-sangat nostalgia bagi aku.Tak banyak yang aku ingat sepanjang kat taski ni, sebab sekolah situ pun setahun je. Cuma yang aku ingat aku pernah gaduh dengan sorang senior kat situ sebab dia buli kawan aku. budak-budak lagi dah nak membuli. adoi. 


2001



Beralih ke umur aku 6 tahun. Aku ikut jejak langkak kakak aku, aku masuk TABIKA KEMAS. TABIKA stand for Taman Bimbingan Kanak-Kanak di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Kat sini lagi ramai kawan-kawan aku yang aku kenal. antaranya Zaki, rumah dia sebelah je dengan kemas ni. Raja Kamal, rumah dia satu taman dengan rumah aku, cumanya masa dulu dia stay kat rumah nenek dia, betul-betul depan je kemas. kawasan rumah nenek Raja ni luas, ada padang sebelah rumah dia tu, situ la tempat kami buat sukaneka. kenangan aku di situ aku menang lumba lari 10 meter. zaman tadika ni 10 meter tu pun dah jauh. tapi sekarang kalau aku masuk lumba lari 100 meter mungkin aku yang tertinggal 10 meter di belakang pelari yang paling depan. 

Selain Zaki dengan Raja Kamal, aku kenal Syafiq Sharudin, Faez Zambri, Shakirin dan ramai lagi. Aku bukan tak da kawan perempuan. Ada cuma aku tak ingat semua. Salah seorang yang aku ingat, nama dia Suhartina. sebab apa aku ingat nama dia? masa tabika kemas ni, dekat hujung-hujung tahun tu, ada hari kokurikulum atau lebih dikenali sebagai Hari Potensi Kemas. Aku terlibat dalam acara ni yang diadakan di dewan dan padang TM Taiping. Acara yang aku terlibat selain dari acara-acara sukan (ada beberapa acara suka aku join, cuma aku tak ingat acara apa selain acara lari pakai terompah dan aku tak ingat aku menang ke tak). Jadi acara yang aku nak ceritakan ni acara pakaian beragam. Setiap tabika kemas kena hantar 2 orang wakil untuk acara ni. aku dan suhartina di beri tanggungjawab untuk acara ni disebabkan aku dengan suhartina ni sama ketinggian. itu je sebabnya. dan mungkin juga aku good looking kot masa tu. ahak

Untuk pakaian beragam ni, aku dan suhartina kena pakai pakaian pengantin ala-ala mat saleh. aku pakai full suit lengkap dengan blazer. suhartina pakai gaun warna putih. untuk acara ni, mama sanggup pegi tempah baju blazer untuk aku. beli seluar slack hitam. beli kasut kulit hitam. semata nak support aku untuk acara ni. Aku ingat lagi excited nya aku, aku bawa suit aku tu balik kampung sebab nak tunjuk kat mak dan ayah sedara aku. Gambar aku bergaya dengan suit ni pun masih ada dalam album gambar kat rumah mama abah. Al fatihah untuk mak teh dan pak teh, dua-dua mak dan ayah sedara aku ni meninggal 2 tahun lepas sebab Covid-19.  kedua-duanya meninggal dunia cuma selang 3 hari saja. 

Untuk acara pakaian beragam ni, aku tak menang pun. tapi apa yang menjadi kenangan buat aku, tugas aku bila di atas pentas, aku akan keluar dan bertemu dengan suhartina di tengah pentas, dia akan pegang tangan aku dan kami berjalan berdua ke arah kek yang tersedia di tengah-tengah pentas. kami akan pegang pisau dan potong kek tu, lalu ambil potongan kek itu untuk suap ke mulut pasangan kami. yang kelakarnya masa tu, ada disediakan kek coklat apollo kat belakang kek besar yang kami potong tu. cikgu masa tu pesan, "lepas potong kek besar tu, ambik apollo tu je suap kat mulut kawan". so kami cuma makan kek apollo, bukan makan kek yang besar tu. sampai hari ni aku tak tau apa jadi dengan kek yang kami potong tu. aku tak rasa langsung. 

sepanjang di tabika kemas ni, antara momen yang aku ingat pasal makanan. waktu rehat, kami akan disediakan makan oleh mak cik kantin. aku tak ingat nama mak cik tu. tapi sampai hari ni aku ingat cakoi dengan kuah kacang yang sangat sedap. sampai sekarang terbayang lagi betapa lembutnya kuih cakoi tu. Bila aku sambung study di universiti di lembah klang ni. pegi pasar malam nak beli cakoi, orang sini makan dengan sos kaya pandan. bukan dengan kuah kacang. so agak culture shock bagi tekak aku yang biasa cicah cakoi dengan kuah kacang. 


2002


Beralih ke umur aku 7 tahun. Aku mula melangkah masuk ke sekolah rendah. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak (SKLJ). Sekolah yang sama kakak aku belajar. beza umur aku dengan kakak aku ni 3 tahun. Jadi bila aku masuk tahun 1, kakak aku sedang belajar di tahun 4. Kakak aku dibelikan basikal oleh abah untuk mudahkan dia ke sekolah. Masa aku tahun 1, awal-awalnya abah yang hantar aku ke sekolah. Mungkin sebab aku masih baru di alam persekolahan. Tapi selepas beberapa ketika, aku bonceng basikal kakak aku je untuk ke sekolah. dah alang-alang sekolah yang sama. Cuma waktu tamat persekolahan je yang berbeza. aku yang belajar di tahap 1 ni balik awal sikit dari kakak aku yang belajar di tahap 2. setiap kali lepas balik sekolah aku akan tunggu di kawasan kantin sekolah sampai kakak aku balik untuk tumpang dia naik basikal balik ke rumah.

Basikal berlampu dengan kuasa dinamo, berbakul dan ada tempat duduk belakang yang boleh diangkat tempat duduk tu untuk letak barang. siap dengan built-in lock kat tayar belakang. Lebih kurang macam dalam gambar kat atas ni, cuma warna merah. Basikal itu dah tak da lagi. dengan basikal tu lah aku dengan kakak aku guna untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah. selepas kakak aku habis darjah 6, aku pulak sambung naik basikal tu sorang-sorang ke sekolah. 

Mula-mula aku masuk ke sekolah ni, aku ditempatkan di kelas 1S. Total ada 6 kelas di sekolah ni, bergantung kepada berapa ramai batch pada tahun tu. Bermula dengan kelas S-Syukur, R-Rajin, L-Luhur, J-Jujur, K-Kasih, dan T-Tabah. Dulu aku pernah dengar cerita yg S,R,L,J,K,T tu juga adalah di ambil dari S-Sekolah, R-Rendah, L-Long, J-Jaafar, K-Kamunting, T-Taiping dan ada 1 lagi kelas yang terakhir iaitu kelas P-Perak. cuma mungkin batch aku tak cukup ramai untuk ada sampai kelas P. Dan kalau ada kelas P masa batch aku dulu, P-Pintar. Macam sekolah-sekolah lain, kelas di sekolah ni juga ikut gred akademik pelajar, yang akademik baik akan ditempatkan di kelas S, menurun sampai la ke kelas T. 

Aku masih ingat masa mula aku di tempatkan di kelas S, kelas paling top masa tu. tapi tak sampai pun setengah tahun, aku di turunkan ke kelas L, kelas ketiga disebabkan guru kelas S masa tu menilai aku tak sesuai di kelas S. Mungkin aku agak slow atau nampak macam tak berapa minat nak belajar masa tu. benda ni buat mama dengan abah kecewa sikit sebab aku main-main dalam pelajaran. Guru kelas aku di Kelas L ni adalah cikgu Norazman. dia banyak bantu aku untuk tingkatkan keupayaan aku dalam akademik. hasilnya, masa peperiksaan hujung tahun, aku dapat keputusan yang cemerlang secara keseluruhan dan aku mendapat tempat kedua dalam kelas. itu membuatkan aku naik ke kelas kedua pada tahun berikutnya iaitu kelas R. 

tahun 2 aku di sklj, aku masih lagi berusaha untuk naik semula ke kelas S, dan aku berjaya bila aku dapat tempat ketiga pada peperiksaan akhir tahun untuk aku naik ke kelas S pada tahun 3. tapi sifat melayu mungkin sebati dalam diri aku sejak kecik, bila dalam keadaan selesa, mula lalai. aku maintain di kelas S dari tahun 3 sehingga tahun 6, cuma aku susah untuk menembusi top 10 dalam kelas. satu lagi kisah yang aku ingat, aku agak lemah dalam matematik. masa aku tahun 4, aku selalu gagal dalam ujian penggal. cikgu matematik aku masa tu Cikgu Napisah, satu hari tu geram sebab aku tak siapkan kerja matematik aku, dia ambil buku teks matematik tu dan dia hempuk di atas kepala aku. Bunyi agak kasar bukan? jangan risau. zaman tu, cikgu-cikgu di sekolah dah jadi ibu bapa kepada budak-budak macam aku. mama abah siap galakkan lagi cikgu untuk hukum aku kalau aku degil di sekolah. dan berkat hempukan buku teks tu, aku tekad untuk improve diri aku, aku mula skor A dalam matematik di setiap ujian dan peperiksaan sehinggalah UPSR pada tahun 2007. 

Itu kisah akademik aku, aku dapat 4A 1B masa peperiksaan UPSR. Dalam bidang sukan pula, aku ada sedikit halangan disebabkan aku ada asma. Aku tak boleh terlalu aktif bersukan untuk elak dari aku lelah atau short-breath. Tapi makin aku membesar, penyakit tu makin hilang. Aku pernah cuba nak masuk pasukan bolasepak sekolah. Aku join sesi pemilihan masa aku darjah 4, tapi bekas guru kelas aku masa aku darjah 1 dulu, cikgu norazman ada kat padang masa tu. Bila dia nampak aku, terus dia minta Cikgu zainol (coach bolasepak sklj) untuk gugurkan nama aku. Aku faham tujuan cikgu norazman halang aku join bolasepak disebabkan dia risau apa-apa jadi kat aku nanti. Satu lagi aku teringat pasal cikgu norazman. Masa aku kecik dulu penampilan aku sangat kemas. rambut sisip tepi rapi, baju button sampai kolar. cikgu norazman selalu usik aku masa tu, dia minta aku buka button paling atas baru lah nampak anak jantan. 

Berbalik ke sukan, disebabkan aku tak dapat join team bolasepak sekolah aku, masa aku darjah 5, aku curi-curi join pemilihan team hoki sekolah. Alhamdulillah aku dapat. posisi aku masa tu centre midfielder. Tapi aku rasa macam tak seronok sebab aku adalah 3rd choice, mungkin sebab aku junior masa tu. Bila ada game, aku duduk je kat bench. kadang-kadang dapat masuk main tapi aku tak puas. aku nak playing time. Dari kalangan skuad junior (skuad dibahagi kepada 2 team, senior - team budak darjah 6, junior team campuran budak darjah 4 dan 5). kiranya team junior ni adalah pelapis, dari kalangan team junior ni belum ada sesiapa yang isi posisi penjaga gol. Aku step forward masa tu untuk volunteer diri nak jadi penjaga gol. Cikgu Azlan, coach pasukan hoki sekolah masa tu buat test match antara team senior dan junior, aku sebagai penjaga gol beraksi agak cemerlang bagi seorang yang tak da pengalaman sebagai penjaga gol langsung. disebabkan aksi aku tu, aku terus diserap jadi penjaga gol utama untuk team junior. 

satu hari team sekolah aku ada perlawanan persahabatan dengan Sekolah Kebangsaan Simpang, Taiping. kami tahu SK Simpang ni team hoki diorang agak kuat. Rata-rata pemain diorang dah pun pernah sampai ke peringkat daerah dan ada yang ke peringkat negeri. friendly kali ni lebih kepada nak menguji team aku sebagai persediaan untuk kejohanan hoki peringkat zon taiping nanti. team senior dibawa untuk match ni dan ada beberapa orang pemain dari team junior yang dibawa bersama sebagai backup termasuklah aku. Tapi ada kisah masa ni, aku terlewat datang ke sekolah untuk pegi naik bas ke SK Simpang tu. bas dah gerak masa aku sampai sekolah. aku kayuh basikal aku laju-laju balik rumah bagitau abah yang aku terlambat, kawan-kawan semua dah pergi. Abah dengan pantas terus ambik helmet, dia bawak aku naik motor menuju ke sk simpang. Bila aku sampai sana, match dah nak start. Cikgu azlan nampak aku dan suruh aku panaskan badan sendiri. match berlangsung seperti diduga, team aku kena belasah teruk dalam separuh masa pertama. Aku tak ingat berapa gol tapi lebih dari 10 gol team sk simpang dah skor. dan team aku tak da gol langsung. Masa rehat separuh masa, cikgu azlan minta aku pakai kelengkapan penjaga gol untuk dimasukkan separuh masa kedua. Aku tak tahu kenapa dengan aku hari tu, aku beraksi lebih baik berbanding penjaga gol senior team aku, aku cuma bolos 6 biji gol menentang sk simpang dan masa separuh masa kedua tu barulah team aku berjaya buat gol. selepas habis game, aku dapat tahu sk simpang turunkan team simpanan untuk separuh masa pertama, dan team utama masa separuh masa kedua. aku dapat pujian dari cikgu azlan sebab berjaya pertahankan gawang gol aku dari dibolosi lebih banyak sebab yang diturunkan untuk second half sk simpang tu adalah pemain-pemain yang bermain di peringkat daerah dan negeri. 

dan dari perlawanan itu la aku terus dilantik menjadi penjaga gol utama untuk skuad senior walaupun aku masih darjah 5 masa tu. Aku join team senior ke kejohanan hoki peringkat zon taiping masa tu dan team kami dapat naib johan keseluruhan. Tahun berikutnya, aku yang dah pun jadi pemain utama sejak tahun sebelumnya, dilantik menjadi kapten pasukan hoki. Tapi sayangnya untuk kejohanan hoki tahun itu, aku tak dapat join disebabkan keracunan makanan. sehari sebelum kejohanan tu, kami dari kelas 6S dan 6R ada program skor UPSR di sekolah. ada satu aktiviti yang memerlukan kami menggunakan iq kami untuk selesaikan masalah semasa makan. diberi 1 mangkuk besar nasi, 1 mangkuk besar kari ayam, 1 pinggan besar sayur campur. tapi kami tak diberi pinggan untuk makan. fasilitator minta kami fikir macam mana nak bahagikan makanan supaya semua dapat makan. aku rasa disebabkan aktiviti ni, kami terpaksa makan dalam keadaan yang tak bersih mungkin ada tangan sesiapa yang ada kuman, semua dari group aku keesokannya sakit perut. lagi sedih dari group aku tu, selain aku sebagai keeper utama team hoki, ada juga beberapa kawan aku juga pemain utama team hoki yang tak dapat join kejohanan tu disebabkan keracunan makanan. jadinya team aku bukan setakat tak menang apa-apa, tapi dibelasah teruk. sampaikan striker kami terpaksa ganti jadi penjaga gol. makan berakhirlah career aku sebagai pemain hoki. aku tak teruskan ke peringkat sekolah menengah. sebabnya? nanti aku ceritakan.

buat masa ni, setakat ni saja dulu aku cerita kenangan aku di sekolah. banyak lagi nak diceritakan. nanti aku sambung di part 2. Salam.


May 14, 2023

Common Sense

Salam

Musim perayaan ni memang ramai yang organize open house. Ada yang masak sendiri, ada yang tempah je catering. ada jugak yang dah tempah catering, still masak jugak sendiri buat tambah-tambah apa yang patut. Ada yang jemputannya ramai, dah macam kenduri. Ada yang panggil kawan terdekat saja. Tapi tak kira ramai atau tidak, suasana tu yang ditunggu. memeriahkan rumah yang anjurkan rumah terbuka ni. 

Dan bila buat rumah terbuka ni, macam-macam kerenah orang yang kita hadap. Baru-baru ni aku ada terbaca pasal budak yg sedih kawan-kawan dia tak datang pun open house dia. Penat mak dia masak semua makanan last-last bazir macam tu je. Bila aku baca tu, aku teringat kenangan aku sendiri. 

Masa tu aku still study kat universiti. Aku terjumpa balik budak sekolah rendah aku dulu. Dari situ dia add aku masuk group bekas pelajar sekolah batch 2007. Dan dari situ juga, muncul la group baru untuk budak-budak yang sama kelas dengan aku. Masa tu raya. kecoh la dalam group tu masing-masing buka cerita lama, ada yang bertanya cerita baru. Semua nampak meriah, dan ramai yang tanya "bila nak reunion ni". dah alang-alang raya, boleh la berjumpa kawan-kawan yang dah hampir 10 tahun tak berjumpa. Masing-masing bertanya kalau-kalau ada yang buat rumah terbuka, boleh berkumpul ramai-ramai. Aku pun excited bila ada yang tanya, aku terus tanya mama aku. Kalau dia boleh masakkan untuk kawan-kawan aku. Mama aku okay, dia nak masakkan nasi tomato dengan ayam masak merah. special untuk kawan-kawan aku. 

aku pun mula la jemput kawan-kawan aku datang ke rumah untuk gathering semua pada esok malamnya. ada yang kata "ons". ada yang baca je. Mama aku tanya, berapa orang nak datang, aku kira-kira dalam group tu ada dalam 13-15 orang. So, banyak la mama aku masak. bila tiba esok hari nya, setelah aku tunggu-tunggu, yang datang cuma 3 orang. Aku tunggu lagi, kalau-kalau ada yang datang kemudian, tapi lepas 3 orang tu dah habis makan, dah sembang-sembang sampai dah tak da topik pun still tak da lagi yang sampai. aku sedih, dan yang paling aku kesian, mama aku yang berpenat lelah kat dapur nak masakkan untuk kawan-kawan aku. 

disebabkan makanan masih banyak, aku on the spot terus tanyakan kawan rapat aku masa zaman sekolah menengah, siapa yang ada area taiping tu, kalau nak makan, datanglah rumah. awalnya aku tak jemput kawan-kawan sekolah menengah ni sebab aku risau makanan tak cukup. Yelah kawan sekolah rendah aku tu pun dah dekat 15 orang, kalau jemput sekali yang lain takut tak cukup pulak nanti. Tapi dah yang datang pun 3 orang je, lebih dari cukup la pulak.

Tak da banyak cakap, kawan aku dari sekolah menengah yang 3-4 orang aku jemput tu, semua muncul depan rumah. walaupun aku jemput last minit, walaupun diorang ada yang dah makan pun kat rumah tapi tetap muncul demi memenuhi jemputan kawan diorang ni. aku sejujurnya rasa sebak masa tu sebab diorang sudi datang walaupun kalau diikutkan diorang tu boleh la dikatakan cuma bidan terjun. Tapi diorang tak kisah. Bahkan sampai ke hari ini, kalau ada yang diantara kami balik ke taiping, sebut je nak lepak mana, bila, insyaAllah semua muncul selagi mana tak da apa-apa halangan. Itu lah sahabat yang aku sayang yang aku akan kenang sampai bila-bila. 

bukanlah nak besarkan hal yang kecil bila kita jemput orang tapi tak datang. Tapi common sense tu perlu ada dalam diri setiap orang. Kalau tak dapat hadir, inform lah tuan rumah. Tak da la tuan rumah tertunggu-tunggu. Lagi bagus kalau memang tahu diri tu ada hal, tak dapat memenuhi jemputan, inform awal-awal supaya tuan rumah dapat susun semula persediaan. Dari segi makanan, tak lah nanti membazir sebab tak habis. dari segi kos pula tak lah nanti terpaksa berbelanja lebih untuk setakat berapa orang je yang datang. kena ambil kira semua tu, dan yang paling penting, penat lelah tuan rumah berhempas pulas sediakan makanan untuk tetamu yang tak kunjung tiba. aku tahu macam mana perasaannya tu sebab aku pernah rasa.

Tak hadir tak jadi masalah, ghosting itu yang menyakitkan. Kesian tuan rumah. Sekian saja dari aku untuk kali ni. Next, aku nak buat satu posting berkaitan sahabat aku sebagai satu penghargaan untuk diorang yang selalu bersama aku masa dulu. Salam.