May 14, 2023

Common Sense

Salam

Musim perayaan ni memang ramai yang organize open house. Ada yang masak sendiri, ada yang tempah je catering. ada jugak yang dah tempah catering, still masak jugak sendiri buat tambah-tambah apa yang patut. Ada yang jemputannya ramai, dah macam kenduri. Ada yang panggil kawan terdekat saja. Tapi tak kira ramai atau tidak, suasana tu yang ditunggu. memeriahkan rumah yang anjurkan rumah terbuka ni. 

Dan bila buat rumah terbuka ni, macam-macam kerenah orang yang kita hadap. Baru-baru ni aku ada terbaca pasal budak yg sedih kawan-kawan dia tak datang pun open house dia. Penat mak dia masak semua makanan last-last bazir macam tu je. Bila aku baca tu, aku teringat kenangan aku sendiri. 

Masa tu aku still study kat universiti. Aku terjumpa balik budak sekolah rendah aku dulu. Dari situ dia add aku masuk group bekas pelajar sekolah batch 2007. Dan dari situ juga, muncul la group baru untuk budak-budak yang sama kelas dengan aku. Masa tu raya. kecoh la dalam group tu masing-masing buka cerita lama, ada yang bertanya cerita baru. Semua nampak meriah, dan ramai yang tanya "bila nak reunion ni". dah alang-alang raya, boleh la berjumpa kawan-kawan yang dah hampir 10 tahun tak berjumpa. Masing-masing bertanya kalau-kalau ada yang buat rumah terbuka, boleh berkumpul ramai-ramai. Aku pun excited bila ada yang tanya, aku terus tanya mama aku. Kalau dia boleh masakkan untuk kawan-kawan aku. Mama aku okay, dia nak masakkan nasi tomato dengan ayam masak merah. special untuk kawan-kawan aku. 

aku pun mula la jemput kawan-kawan aku datang ke rumah untuk gathering semua pada esok malamnya. ada yang kata "ons". ada yang baca je. Mama aku tanya, berapa orang nak datang, aku kira-kira dalam group tu ada dalam 13-15 orang. So, banyak la mama aku masak. bila tiba esok hari nya, setelah aku tunggu-tunggu, yang datang cuma 3 orang. Aku tunggu lagi, kalau-kalau ada yang datang kemudian, tapi lepas 3 orang tu dah habis makan, dah sembang-sembang sampai dah tak da topik pun still tak da lagi yang sampai. aku sedih, dan yang paling aku kesian, mama aku yang berpenat lelah kat dapur nak masakkan untuk kawan-kawan aku. 

disebabkan makanan masih banyak, aku on the spot terus tanyakan kawan rapat aku masa zaman sekolah menengah, siapa yang ada area taiping tu, kalau nak makan, datanglah rumah. awalnya aku tak jemput kawan-kawan sekolah menengah ni sebab aku risau makanan tak cukup. Yelah kawan sekolah rendah aku tu pun dah dekat 15 orang, kalau jemput sekali yang lain takut tak cukup pulak nanti. Tapi dah yang datang pun 3 orang je, lebih dari cukup la pulak.

Tak da banyak cakap, kawan aku dari sekolah menengah yang 3-4 orang aku jemput tu, semua muncul depan rumah. walaupun aku jemput last minit, walaupun diorang ada yang dah makan pun kat rumah tapi tetap muncul demi memenuhi jemputan kawan diorang ni. aku sejujurnya rasa sebak masa tu sebab diorang sudi datang walaupun kalau diikutkan diorang tu boleh la dikatakan cuma bidan terjun. Tapi diorang tak kisah. Bahkan sampai ke hari ini, kalau ada yang diantara kami balik ke taiping, sebut je nak lepak mana, bila, insyaAllah semua muncul selagi mana tak da apa-apa halangan. Itu lah sahabat yang aku sayang yang aku akan kenang sampai bila-bila. 

bukanlah nak besarkan hal yang kecil bila kita jemput orang tapi tak datang. Tapi common sense tu perlu ada dalam diri setiap orang. Kalau tak dapat hadir, inform lah tuan rumah. Tak da la tuan rumah tertunggu-tunggu. Lagi bagus kalau memang tahu diri tu ada hal, tak dapat memenuhi jemputan, inform awal-awal supaya tuan rumah dapat susun semula persediaan. Dari segi makanan, tak lah nanti membazir sebab tak habis. dari segi kos pula tak lah nanti terpaksa berbelanja lebih untuk setakat berapa orang je yang datang. kena ambil kira semua tu, dan yang paling penting, penat lelah tuan rumah berhempas pulas sediakan makanan untuk tetamu yang tak kunjung tiba. aku tahu macam mana perasaannya tu sebab aku pernah rasa.

Tak hadir tak jadi masalah, ghosting itu yang menyakitkan. Kesian tuan rumah. Sekian saja dari aku untuk kali ni. Next, aku nak buat satu posting berkaitan sahabat aku sebagai satu penghargaan untuk diorang yang selalu bersama aku masa dulu. Salam.


0 comments: