May 14, 2023

My Song Collection Part III

Salam,

Agak lama menyepi kali ni, sebab terlalu busy dengan kehidupan. Puasa, lepas tu raya. Aku sekarang dalam proses menulis post utama untuk blog ni, iaitu tentang kelahiran anak aku. Cuma tak siap-siap lagi sebab tak cukup masa dan aku pun tengah cari semua resource yang available untuk menjadikan cerita itu lengkap dengan semua detail yang perlu. 

Hari ni aku nak sambung koleksi lagu-lagu aku part ketiga. Hari yang agak baik hari ni. Anak aku pun pagi ni mood dia baik sangat. Mudah urusan aku pagi-pagi ni. Jadi mood menulis pun datang dengan senang. Tanpa berlengah, silalah menjamah baik lirik di bawah.


Dalam tahun 2011, waktu aku mula-mula menanam impian jadi seorang penulis lirik. Aku tulis lagu ni sebagai permulaan. Masa aku menulis tu aku ditemani kawan aku yang aku panggil dia Mickey. Dia juga orang pertama yang dengar aku nyanyikan lagu ni. Cumanya bila aku persembahkan lagu ni kat kawan aku untuk digubah muziknya, kawan aku cakap rhythm lagu ni ada persamaan dengan lagu yang sedia ada dalam dunia muzik. Jadi, dia ambil je dulu lirik ni untuk kegunaan masa akan datang. Selepas beberapa tahun, barulah lirik ini menjadi sebuah lagu tapi dengan susunan yang berbeza. Aku ok je. Cuma untuk blog aku, aku akan tuliskan kedua-dua versi lagu ini sebagai kenangan aku.

Versi asal

Sepinya hatiku bila engkau
jauh di sana, ku kesorangan
mampukah diriku teruskan
deritanya

sesungguhnya aku mengharapkan
engkau disisiku selamanya
bila kau tiada ku rasakan
sebak di dada

kekasih, bila masanya
kita kan bertemu
saling bermesra
sesungguhnya aku merindu
detik bahagia

ku pegang janjiku, untuk tidak bertemu
namun ku tidak mampu menahan perasaan
karena aku lemah bila kau tiada

namun ku mengalah, walaupun tersiksa
betapa ku sangat menyayangi dirimu
karena aku tidak mahu kehilanganmu

aku pinta tuk bertemu walaupun cuma sekali saja
ku harap kau mengerti, perit yang aku lalui


Versi baru

Sepinya hatiku bila
engkau jauh disana ku
kesorangan
mampukah diriku teruskan
deritanya

sesungguhnya aku mengharapkan
kau disisiku selamanya
bila kau tiada kurasakan
sebak di dada

kekasih bila masanya
kitakan bertemu saling bermesra
sesungguhnya ku menanti detik bahagia

ku pegang janjiku untuk tidak bertemu
namun ku tidak mampu menahan perasaan

ku pegang janjiku untuk tidak bertemu
kerana aku lemah bila kau tiada

tidak ku mengalah, walaupun tersiksa
betapa ku sangat menyayangi dirimu

tidak ku mengalah, walaupun tersiksa
kerana aku tidak mahu kehilanganmu

ku pinta pada yang Kuasa
jodoh kekal lama
pintaku padamu
Setia


Juga pada tahun yang sama, 2011. tahun ni aku banyak buat lagu sebab minat. Aku akui tak semua lagu yang aku tulis tu 100% original, ada juga yang aku sample dari lagu-lagu lain. Sample tu maksudnya aku ambil ilham dari lagu lain untuk buat lagu aku. tapi untuk lagu yang ini, lagu yang paling aku sayang personally disebabkan aku tulis dari hati. bukan sample dari lagu lain.

Hati ini tak mampu
menahan rasa kecewa
setelah kau pergi
ku hanya mampu menangis

aku tak mampu
membuat engkau bahgia
bukannya beerti
ku tidak hargai kamu

aku insan kekurangan
namun ku punya perasaan
mudahnya kau mainkan
cinta yang telah ku beri

cubalah kau rasanya
apa yang sedangku rasa
pastinya kau akan
mengerti siksa ku alami

hati ini mengharapkan
dirimu kembali
walaupun engkau sakiti
setiaku tak luntur padamu

rasa ini padamu
tak berubah walau sedikitpun
kernaku mencintaimu
sehingga bertemu ajalku`



"Pandangan Pertama", itu tajuk asal lagu ni. Tapi bagi budak-budak sekolah aku ramai yang tahu lagu ni dengan tajuk lain, iaitu "Kumbang". Mungkin sebab ada perkataan "kumbang" dalam lirik lagu ni dan perkataan tu paling menarik perhatian. Lagu ni aku tulis dengan ilham dari lagu kumpulan BaronBros. Nyanyian Apit & the gang. Siapa yang sebaya dengan aku mesti kenal apit dan tahu lagi "Luahan Hati". bukan dengan lagu ni je, ada lagi satu lagu dari BaronBros yang aku ambil ilham dalam pembikinan lagu aku ni. iaitu "Tak Ku Sangka Tak Ku Duga". Lagu pandangan pertama ni agak panjang sebab aku ambil ilham dari lagu tak ku sangka tak ku duga yang juga agak panjang. 
lagu ini juga yang membuat budak-budak sekolah aku mengenali aku. sampaikan cikgu-cikgu pun tahu aku tulis lagu ni. Satu hari cikgu bahasa melayu aku minta aku nyanyikan lagu ni dalam kelas. suara aku mungkin tak sesedap penyanyi asal sebab aku bukan penyanyi, tapi aku nyanyikan dengan baik disebabkan liriknya dari aku. 




Dahulu aku tak kenal dirimu
kita bertemu saling memandang
engkau berlalu, aku terpaku
sekelip mata engkau menghilang

Kemana kau pergi aku mencari
setiap masa siang dan malam
terkadang sampai ke dalam mimpi
namun bayangmu masih kelam

suatu hari bertemu lagi
ku tidak mahu lepas peluang
walaupun payah ku cuba dekati
namun engkau tidak memandang

mungkin kerana rupa
mungkin kerana nama
aku kecewa, tidak terhingga

kata orang tak kenal maka tak cinta
tapi kita hanya pandangan pertama
dari pandangan itu, berputiklah cinta kita
cinta tulus dari hati kita

Kumbang cari bunga
bunga menyahut
kumbang bertemu bunga
cinta terpaut

kau bagai permata
namun di celahan kaca
sukar untuk ku dapatkan
tak mungkin ku lepaskan


sekian saja buat masa ni, lain kali aku sambung lagi. Salam


0 comments: