بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Blog ini adalah bertujuan untuk aku menceritakan pengalaman hidup aku untuk rujukan aku dan warisku pada masa akan datang. Aku harap medium ini dapatlah dijadikan kenangan yang boleh dibaca oleh orang-orang disekelilingku pabila aku sudah tiada

May 15, 2023

Kenangan Sekolah Part I

Salam,

Aku lahir 1995. Tahun ni boleh agak la kan aku umur berapa. dalam tempoh 28 tahun hidup ni, 13 tahun aku abadikan hidupkan di sekolah, 4 tahun di universiti. Selama itulah aku menuntut ilmu demi menjadi diri aku yang hari ini. Pun begitu, ilmu tak kan habis, ilmu bukan cuma di sekolah, di sana aku belajar dari mengenal setiap huruf yang ada di alaf ini, belajar menyusun huruf-huruf itu sehinggalah menjadi suatu perkataan dan ayat yang akhirnya aku sematkan dalam penulisan-penulisan aku ini. Dan disitu juga aku belajar apa itu 1 tambah 1, sehingga la fungsi-fungsi math yang aku tak pernah pakai pun akhirnya dalam kerja seharian aku. Tapi tak pa, itu cuma sebahagian dari pembelajaran. Hari ni aku nak cerita kenangan dan pengalaman aku sepanjang persekolahan.

2000


Aku mulakan sesi pembelajaran aku secara formal di sebuah pusat asuhan. lebih dikenali sebagai TASKI ABIM. TASKI tu adalah akronim Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam, anjuran ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Bertempat di kampung pinang, kamunting, perak. taski ni betul-betul bawah surau kampung pinang. Masa tu aku baru umur 5 tahun. mama abah aku hantar aku ke sini sebab nak bagi pendedahan lebih kepada agama islam sejak kecik. Tak macam kakak aku, dia terus masuk ke TABIKA KEMAS. kenangan aku banyak di sini tapi tak lah aku ingat semua sebab dah terlalu lama. Dari taski ni aku kenal faris, shafik, dan beberapa orang lagi yang kalau aku tengok muka aku kenal, tapi nama tak ingat. aku pun manusia, otak ni ada limit nak ingat. hehe

faris tu anak tokey kedai runcit betul-betul sebelah je dengan surau kampung pinang ni. dia pun dulu tinggal kat situ. rumah dia belakang kedai runcit. dari kecik aku membesar dengan kedai runcit tu. gas masak habis, kedai tu la yang mama aku call untuk minta hantar gas. bila aku dah besar sikit, boleh bawa motor, ke kedai tu la aku bawak tong gas untuk tukar dengan yang baru. kedai runcit tu jugak la tempat aku beli kad tepuk, gasing, guli, pemadam. permainan zaman kanak-kanak aku. Shafik tu pun anak tokey kedai runcit jugak, tapi kedai dia jauh sikit. tapi still jalan yang sama dengan kedai runcit faris. 

aku pergi taski naik motor, mama aku hantar. kadang-kadang dengan abah aku. dulu kat rumah ada 2 motor. satu untuk mama, satu untuk abah. mudah untuk mama guna pegi pasar. motor modenas kriss masa tu. abah pakai motor suzuki yang bunyi bingit tu. bila pulas throtle minyak, asap berkepul keluar kat ekzos. sangat-sangat nostalgia bagi aku.Tak banyak yang aku ingat sepanjang kat taski ni, sebab sekolah situ pun setahun je. Cuma yang aku ingat aku pernah gaduh dengan sorang senior kat situ sebab dia buli kawan aku. budak-budak lagi dah nak membuli. adoi. 


2001



Beralih ke umur aku 6 tahun. Aku ikut jejak langkak kakak aku, aku masuk TABIKA KEMAS. TABIKA stand for Taman Bimbingan Kanak-Kanak di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Kat sini lagi ramai kawan-kawan aku yang aku kenal. antaranya Zaki, rumah dia sebelah je dengan kemas ni. Raja Kamal, rumah dia satu taman dengan rumah aku, cumanya masa dulu dia stay kat rumah nenek dia, betul-betul depan je kemas. kawasan rumah nenek Raja ni luas, ada padang sebelah rumah dia tu, situ la tempat kami buat sukaneka. kenangan aku di situ aku menang lumba lari 10 meter. zaman tadika ni 10 meter tu pun dah jauh. tapi sekarang kalau aku masuk lumba lari 100 meter mungkin aku yang tertinggal 10 meter di belakang pelari yang paling depan. 

Selain Zaki dengan Raja Kamal, aku kenal Syafiq Sharudin, Faez Zambri, Shakirin dan ramai lagi. Aku bukan tak da kawan perempuan. Ada cuma aku tak ingat semua. Salah seorang yang aku ingat, nama dia Suhartina. sebab apa aku ingat nama dia? masa tabika kemas ni, dekat hujung-hujung tahun tu, ada hari kokurikulum atau lebih dikenali sebagai Hari Potensi Kemas. Aku terlibat dalam acara ni yang diadakan di dewan dan padang TM Taiping. Acara yang aku terlibat selain dari acara-acara sukan (ada beberapa acara suka aku join, cuma aku tak ingat acara apa selain acara lari pakai terompah dan aku tak ingat aku menang ke tak). Jadi acara yang aku nak ceritakan ni acara pakaian beragam. Setiap tabika kemas kena hantar 2 orang wakil untuk acara ni. aku dan suhartina di beri tanggungjawab untuk acara ni disebabkan aku dengan suhartina ni sama ketinggian. itu je sebabnya. dan mungkin juga aku good looking kot masa tu. ahak

Untuk pakaian beragam ni, aku dan suhartina kena pakai pakaian pengantin ala-ala mat saleh. aku pakai full suit lengkap dengan blazer. suhartina pakai gaun warna putih. untuk acara ni, mama sanggup pegi tempah baju blazer untuk aku. beli seluar slack hitam. beli kasut kulit hitam. semata nak support aku untuk acara ni. Aku ingat lagi excited nya aku, aku bawa suit aku tu balik kampung sebab nak tunjuk kat mak dan ayah sedara aku. Gambar aku bergaya dengan suit ni pun masih ada dalam album gambar kat rumah mama abah. Al fatihah untuk mak teh dan pak teh, dua-dua mak dan ayah sedara aku ni meninggal 2 tahun lepas sebab Covid-19.  kedua-duanya meninggal dunia cuma selang 3 hari saja. 

Untuk acara pakaian beragam ni, aku tak menang pun. tapi apa yang menjadi kenangan buat aku, tugas aku bila di atas pentas, aku akan keluar dan bertemu dengan suhartina di tengah pentas, dia akan pegang tangan aku dan kami berjalan berdua ke arah kek yang tersedia di tengah-tengah pentas. kami akan pegang pisau dan potong kek tu, lalu ambil potongan kek itu untuk suap ke mulut pasangan kami. yang kelakarnya masa tu, ada disediakan kek coklat apollo kat belakang kek besar yang kami potong tu. cikgu masa tu pesan, "lepas potong kek besar tu, ambik apollo tu je suap kat mulut kawan". so kami cuma makan kek apollo, bukan makan kek yang besar tu. sampai hari ni aku tak tau apa jadi dengan kek yang kami potong tu. aku tak rasa langsung. 

sepanjang di tabika kemas ni, antara momen yang aku ingat pasal makanan. waktu rehat, kami akan disediakan makan oleh mak cik kantin. aku tak ingat nama mak cik tu. tapi sampai hari ni aku ingat cakoi dengan kuah kacang yang sangat sedap. sampai sekarang terbayang lagi betapa lembutnya kuih cakoi tu. Bila aku sambung study di universiti di lembah klang ni. pegi pasar malam nak beli cakoi, orang sini makan dengan sos kaya pandan. bukan dengan kuah kacang. so agak culture shock bagi tekak aku yang biasa cicah cakoi dengan kuah kacang. 


2002


Beralih ke umur aku 7 tahun. Aku mula melangkah masuk ke sekolah rendah. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak (SKLJ). Sekolah yang sama kakak aku belajar. beza umur aku dengan kakak aku ni 3 tahun. Jadi bila aku masuk tahun 1, kakak aku sedang belajar di tahun 4. Kakak aku dibelikan basikal oleh abah untuk mudahkan dia ke sekolah. Masa aku tahun 1, awal-awalnya abah yang hantar aku ke sekolah. Mungkin sebab aku masih baru di alam persekolahan. Tapi selepas beberapa ketika, aku bonceng basikal kakak aku je untuk ke sekolah. dah alang-alang sekolah yang sama. Cuma waktu tamat persekolahan je yang berbeza. aku yang belajar di tahap 1 ni balik awal sikit dari kakak aku yang belajar di tahap 2. setiap kali lepas balik sekolah aku akan tunggu di kawasan kantin sekolah sampai kakak aku balik untuk tumpang dia naik basikal balik ke rumah.

Basikal berlampu dengan kuasa dinamo, berbakul dan ada tempat duduk belakang yang boleh diangkat tempat duduk tu untuk letak barang. siap dengan built-in lock kat tayar belakang. Lebih kurang macam dalam gambar kat atas ni, cuma warna merah. Basikal itu dah tak da lagi. dengan basikal tu lah aku dengan kakak aku guna untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah. selepas kakak aku habis darjah 6, aku pulak sambung naik basikal tu sorang-sorang ke sekolah. 

Mula-mula aku masuk ke sekolah ni, aku ditempatkan di kelas 1S. Total ada 6 kelas di sekolah ni, bergantung kepada berapa ramai batch pada tahun tu. Bermula dengan kelas S-Syukur, R-Rajin, L-Luhur, J-Jujur, K-Kasih, dan T-Tabah. Dulu aku pernah dengar cerita yg S,R,L,J,K,T tu juga adalah di ambil dari S-Sekolah, R-Rendah, L-Long, J-Jaafar, K-Kamunting, T-Taiping dan ada 1 lagi kelas yang terakhir iaitu kelas P-Perak. cuma mungkin batch aku tak cukup ramai untuk ada sampai kelas P. Dan kalau ada kelas P masa batch aku dulu, P-Pintar. Macam sekolah-sekolah lain, kelas di sekolah ni juga ikut gred akademik pelajar, yang akademik baik akan ditempatkan di kelas S, menurun sampai la ke kelas T. 

Aku masih ingat masa mula aku di tempatkan di kelas S, kelas paling top masa tu. tapi tak sampai pun setengah tahun, aku di turunkan ke kelas L, kelas ketiga disebabkan guru kelas S masa tu menilai aku tak sesuai di kelas S. Mungkin aku agak slow atau nampak macam tak berapa minat nak belajar masa tu. benda ni buat mama dengan abah kecewa sikit sebab aku main-main dalam pelajaran. Guru kelas aku di Kelas L ni adalah cikgu Norazman. dia banyak bantu aku untuk tingkatkan keupayaan aku dalam akademik. hasilnya, masa peperiksaan hujung tahun, aku dapat keputusan yang cemerlang secara keseluruhan dan aku mendapat tempat kedua dalam kelas. itu membuatkan aku naik ke kelas kedua pada tahun berikutnya iaitu kelas R. 

tahun 2 aku di sklj, aku masih lagi berusaha untuk naik semula ke kelas S, dan aku berjaya bila aku dapat tempat ketiga pada peperiksaan akhir tahun untuk aku naik ke kelas S pada tahun 3. tapi sifat melayu mungkin sebati dalam diri aku sejak kecik, bila dalam keadaan selesa, mula lalai. aku maintain di kelas S dari tahun 3 sehingga tahun 6, cuma aku susah untuk menembusi top 10 dalam kelas. satu lagi kisah yang aku ingat, aku agak lemah dalam matematik. masa aku tahun 4, aku selalu gagal dalam ujian penggal. cikgu matematik aku masa tu Cikgu Napisah, satu hari tu geram sebab aku tak siapkan kerja matematik aku, dia ambil buku teks matematik tu dan dia hempuk di atas kepala aku. Bunyi agak kasar bukan? jangan risau. zaman tu, cikgu-cikgu di sekolah dah jadi ibu bapa kepada budak-budak macam aku. mama abah siap galakkan lagi cikgu untuk hukum aku kalau aku degil di sekolah. dan berkat hempukan buku teks tu, aku tekad untuk improve diri aku, aku mula skor A dalam matematik di setiap ujian dan peperiksaan sehinggalah UPSR pada tahun 2007. 

Itu kisah akademik aku, aku dapat 4A 1B masa peperiksaan UPSR. Dalam bidang sukan pula, aku ada sedikit halangan disebabkan aku ada asma. Aku tak boleh terlalu aktif bersukan untuk elak dari aku lelah atau short-breath. Tapi makin aku membesar, penyakit tu makin hilang. Aku pernah cuba nak masuk pasukan bolasepak sekolah. Aku join sesi pemilihan masa aku darjah 4, tapi bekas guru kelas aku masa aku darjah 1 dulu, cikgu norazman ada kat padang masa tu. Bila dia nampak aku, terus dia minta Cikgu zainol (coach bolasepak sklj) untuk gugurkan nama aku. Aku faham tujuan cikgu norazman halang aku join bolasepak disebabkan dia risau apa-apa jadi kat aku nanti. Satu lagi aku teringat pasal cikgu norazman. Masa aku kecik dulu penampilan aku sangat kemas. rambut sisip tepi rapi, baju button sampai kolar. cikgu norazman selalu usik aku masa tu, dia minta aku buka button paling atas baru lah nampak anak jantan. 

Berbalik ke sukan, disebabkan aku tak dapat join team bolasepak sekolah aku, masa aku darjah 5, aku curi-curi join pemilihan team hoki sekolah. Alhamdulillah aku dapat. posisi aku masa tu centre midfielder. Tapi aku rasa macam tak seronok sebab aku adalah 3rd choice, mungkin sebab aku junior masa tu. Bila ada game, aku duduk je kat bench. kadang-kadang dapat masuk main tapi aku tak puas. aku nak playing time. Dari kalangan skuad junior (skuad dibahagi kepada 2 team, senior - team budak darjah 6, junior team campuran budak darjah 4 dan 5). kiranya team junior ni adalah pelapis, dari kalangan team junior ni belum ada sesiapa yang isi posisi penjaga gol. Aku step forward masa tu untuk volunteer diri nak jadi penjaga gol. Cikgu Azlan, coach pasukan hoki sekolah masa tu buat test match antara team senior dan junior, aku sebagai penjaga gol beraksi agak cemerlang bagi seorang yang tak da pengalaman sebagai penjaga gol langsung. disebabkan aksi aku tu, aku terus diserap jadi penjaga gol utama untuk team junior. 

satu hari team sekolah aku ada perlawanan persahabatan dengan Sekolah Kebangsaan Simpang, Taiping. kami tahu SK Simpang ni team hoki diorang agak kuat. Rata-rata pemain diorang dah pun pernah sampai ke peringkat daerah dan ada yang ke peringkat negeri. friendly kali ni lebih kepada nak menguji team aku sebagai persediaan untuk kejohanan hoki peringkat zon taiping nanti. team senior dibawa untuk match ni dan ada beberapa orang pemain dari team junior yang dibawa bersama sebagai backup termasuklah aku. Tapi ada kisah masa ni, aku terlewat datang ke sekolah untuk pegi naik bas ke SK Simpang tu. bas dah gerak masa aku sampai sekolah. aku kayuh basikal aku laju-laju balik rumah bagitau abah yang aku terlambat, kawan-kawan semua dah pergi. Abah dengan pantas terus ambik helmet, dia bawak aku naik motor menuju ke sk simpang. Bila aku sampai sana, match dah nak start. Cikgu azlan nampak aku dan suruh aku panaskan badan sendiri. match berlangsung seperti diduga, team aku kena belasah teruk dalam separuh masa pertama. Aku tak ingat berapa gol tapi lebih dari 10 gol team sk simpang dah skor. dan team aku tak da gol langsung. Masa rehat separuh masa, cikgu azlan minta aku pakai kelengkapan penjaga gol untuk dimasukkan separuh masa kedua. Aku tak tahu kenapa dengan aku hari tu, aku beraksi lebih baik berbanding penjaga gol senior team aku, aku cuma bolos 6 biji gol menentang sk simpang dan masa separuh masa kedua tu barulah team aku berjaya buat gol. selepas habis game, aku dapat tahu sk simpang turunkan team simpanan untuk separuh masa pertama, dan team utama masa separuh masa kedua. aku dapat pujian dari cikgu azlan sebab berjaya pertahankan gawang gol aku dari dibolosi lebih banyak sebab yang diturunkan untuk second half sk simpang tu adalah pemain-pemain yang bermain di peringkat daerah dan negeri. 

dan dari perlawanan itu la aku terus dilantik menjadi penjaga gol utama untuk skuad senior walaupun aku masih darjah 5 masa tu. Aku join team senior ke kejohanan hoki peringkat zon taiping masa tu dan team kami dapat naib johan keseluruhan. Tahun berikutnya, aku yang dah pun jadi pemain utama sejak tahun sebelumnya, dilantik menjadi kapten pasukan hoki. Tapi sayangnya untuk kejohanan hoki tahun itu, aku tak dapat join disebabkan keracunan makanan. sehari sebelum kejohanan tu, kami dari kelas 6S dan 6R ada program skor UPSR di sekolah. ada satu aktiviti yang memerlukan kami menggunakan iq kami untuk selesaikan masalah semasa makan. diberi 1 mangkuk besar nasi, 1 mangkuk besar kari ayam, 1 pinggan besar sayur campur. tapi kami tak diberi pinggan untuk makan. fasilitator minta kami fikir macam mana nak bahagikan makanan supaya semua dapat makan. aku rasa disebabkan aktiviti ni, kami terpaksa makan dalam keadaan yang tak bersih mungkin ada tangan sesiapa yang ada kuman, semua dari group aku keesokannya sakit perut. lagi sedih dari group aku tu, selain aku sebagai keeper utama team hoki, ada juga beberapa kawan aku juga pemain utama team hoki yang tak dapat join kejohanan tu disebabkan keracunan makanan. jadinya team aku bukan setakat tak menang apa-apa, tapi dibelasah teruk. sampaikan striker kami terpaksa ganti jadi penjaga gol. makan berakhirlah career aku sebagai pemain hoki. aku tak teruskan ke peringkat sekolah menengah. sebabnya? nanti aku ceritakan.

buat masa ni, setakat ni saja dulu aku cerita kenangan aku di sekolah. banyak lagi nak diceritakan. nanti aku sambung di part 2. Salam.


May 14, 2023

Common Sense

Salam

Musim perayaan ni memang ramai yang organize open house. Ada yang masak sendiri, ada yang tempah je catering. ada jugak yang dah tempah catering, still masak jugak sendiri buat tambah-tambah apa yang patut. Ada yang jemputannya ramai, dah macam kenduri. Ada yang panggil kawan terdekat saja. Tapi tak kira ramai atau tidak, suasana tu yang ditunggu. memeriahkan rumah yang anjurkan rumah terbuka ni. 

Dan bila buat rumah terbuka ni, macam-macam kerenah orang yang kita hadap. Baru-baru ni aku ada terbaca pasal budak yg sedih kawan-kawan dia tak datang pun open house dia. Penat mak dia masak semua makanan last-last bazir macam tu je. Bila aku baca tu, aku teringat kenangan aku sendiri. 

Masa tu aku still study kat universiti. Aku terjumpa balik budak sekolah rendah aku dulu. Dari situ dia add aku masuk group bekas pelajar sekolah batch 2007. Dan dari situ juga, muncul la group baru untuk budak-budak yang sama kelas dengan aku. Masa tu raya. kecoh la dalam group tu masing-masing buka cerita lama, ada yang bertanya cerita baru. Semua nampak meriah, dan ramai yang tanya "bila nak reunion ni". dah alang-alang raya, boleh la berjumpa kawan-kawan yang dah hampir 10 tahun tak berjumpa. Masing-masing bertanya kalau-kalau ada yang buat rumah terbuka, boleh berkumpul ramai-ramai. Aku pun excited bila ada yang tanya, aku terus tanya mama aku. Kalau dia boleh masakkan untuk kawan-kawan aku. Mama aku okay, dia nak masakkan nasi tomato dengan ayam masak merah. special untuk kawan-kawan aku. 

aku pun mula la jemput kawan-kawan aku datang ke rumah untuk gathering semua pada esok malamnya. ada yang kata "ons". ada yang baca je. Mama aku tanya, berapa orang nak datang, aku kira-kira dalam group tu ada dalam 13-15 orang. So, banyak la mama aku masak. bila tiba esok hari nya, setelah aku tunggu-tunggu, yang datang cuma 3 orang. Aku tunggu lagi, kalau-kalau ada yang datang kemudian, tapi lepas 3 orang tu dah habis makan, dah sembang-sembang sampai dah tak da topik pun still tak da lagi yang sampai. aku sedih, dan yang paling aku kesian, mama aku yang berpenat lelah kat dapur nak masakkan untuk kawan-kawan aku. 

disebabkan makanan masih banyak, aku on the spot terus tanyakan kawan rapat aku masa zaman sekolah menengah, siapa yang ada area taiping tu, kalau nak makan, datanglah rumah. awalnya aku tak jemput kawan-kawan sekolah menengah ni sebab aku risau makanan tak cukup. Yelah kawan sekolah rendah aku tu pun dah dekat 15 orang, kalau jemput sekali yang lain takut tak cukup pulak nanti. Tapi dah yang datang pun 3 orang je, lebih dari cukup la pulak.

Tak da banyak cakap, kawan aku dari sekolah menengah yang 3-4 orang aku jemput tu, semua muncul depan rumah. walaupun aku jemput last minit, walaupun diorang ada yang dah makan pun kat rumah tapi tetap muncul demi memenuhi jemputan kawan diorang ni. aku sejujurnya rasa sebak masa tu sebab diorang sudi datang walaupun kalau diikutkan diorang tu boleh la dikatakan cuma bidan terjun. Tapi diorang tak kisah. Bahkan sampai ke hari ini, kalau ada yang diantara kami balik ke taiping, sebut je nak lepak mana, bila, insyaAllah semua muncul selagi mana tak da apa-apa halangan. Itu lah sahabat yang aku sayang yang aku akan kenang sampai bila-bila. 

bukanlah nak besarkan hal yang kecil bila kita jemput orang tapi tak datang. Tapi common sense tu perlu ada dalam diri setiap orang. Kalau tak dapat hadir, inform lah tuan rumah. Tak da la tuan rumah tertunggu-tunggu. Lagi bagus kalau memang tahu diri tu ada hal, tak dapat memenuhi jemputan, inform awal-awal supaya tuan rumah dapat susun semula persediaan. Dari segi makanan, tak lah nanti membazir sebab tak habis. dari segi kos pula tak lah nanti terpaksa berbelanja lebih untuk setakat berapa orang je yang datang. kena ambil kira semua tu, dan yang paling penting, penat lelah tuan rumah berhempas pulas sediakan makanan untuk tetamu yang tak kunjung tiba. aku tahu macam mana perasaannya tu sebab aku pernah rasa.

Tak hadir tak jadi masalah, ghosting itu yang menyakitkan. Kesian tuan rumah. Sekian saja dari aku untuk kali ni. Next, aku nak buat satu posting berkaitan sahabat aku sebagai satu penghargaan untuk diorang yang selalu bersama aku masa dulu. Salam.


My Song Collection Part III

Salam,

Agak lama menyepi kali ni, sebab terlalu busy dengan kehidupan. Puasa, lepas tu raya. Aku sekarang dalam proses menulis post utama untuk blog ni, iaitu tentang kelahiran anak aku. Cuma tak siap-siap lagi sebab tak cukup masa dan aku pun tengah cari semua resource yang available untuk menjadikan cerita itu lengkap dengan semua detail yang perlu. 

Hari ni aku nak sambung koleksi lagu-lagu aku part ketiga. Hari yang agak baik hari ni. Anak aku pun pagi ni mood dia baik sangat. Mudah urusan aku pagi-pagi ni. Jadi mood menulis pun datang dengan senang. Tanpa berlengah, silalah menjamah baik lirik di bawah.


Dalam tahun 2011, waktu aku mula-mula menanam impian jadi seorang penulis lirik. Aku tulis lagu ni sebagai permulaan. Masa aku menulis tu aku ditemani kawan aku yang aku panggil dia Mickey. Dia juga orang pertama yang dengar aku nyanyikan lagu ni. Cumanya bila aku persembahkan lagu ni kat kawan aku untuk digubah muziknya, kawan aku cakap rhythm lagu ni ada persamaan dengan lagu yang sedia ada dalam dunia muzik. Jadi, dia ambil je dulu lirik ni untuk kegunaan masa akan datang. Selepas beberapa tahun, barulah lirik ini menjadi sebuah lagu tapi dengan susunan yang berbeza. Aku ok je. Cuma untuk blog aku, aku akan tuliskan kedua-dua versi lagu ini sebagai kenangan aku.

Versi asal

Sepinya hatiku bila engkau
jauh di sana, ku kesorangan
mampukah diriku teruskan
deritanya

sesungguhnya aku mengharapkan
engkau disisiku selamanya
bila kau tiada ku rasakan
sebak di dada

kekasih, bila masanya
kita kan bertemu
saling bermesra
sesungguhnya aku merindu
detik bahagia

ku pegang janjiku, untuk tidak bertemu
namun ku tidak mampu menahan perasaan
karena aku lemah bila kau tiada

namun ku mengalah, walaupun tersiksa
betapa ku sangat menyayangi dirimu
karena aku tidak mahu kehilanganmu

aku pinta tuk bertemu walaupun cuma sekali saja
ku harap kau mengerti, perit yang aku lalui


Versi baru

Sepinya hatiku bila
engkau jauh disana ku
kesorangan
mampukah diriku teruskan
deritanya

sesungguhnya aku mengharapkan
kau disisiku selamanya
bila kau tiada kurasakan
sebak di dada

kekasih bila masanya
kitakan bertemu saling bermesra
sesungguhnya ku menanti detik bahagia

ku pegang janjiku untuk tidak bertemu
namun ku tidak mampu menahan perasaan

ku pegang janjiku untuk tidak bertemu
kerana aku lemah bila kau tiada

tidak ku mengalah, walaupun tersiksa
betapa ku sangat menyayangi dirimu

tidak ku mengalah, walaupun tersiksa
kerana aku tidak mahu kehilanganmu

ku pinta pada yang Kuasa
jodoh kekal lama
pintaku padamu
Setia


Juga pada tahun yang sama, 2011. tahun ni aku banyak buat lagu sebab minat. Aku akui tak semua lagu yang aku tulis tu 100% original, ada juga yang aku sample dari lagu-lagu lain. Sample tu maksudnya aku ambil ilham dari lagu lain untuk buat lagu aku. tapi untuk lagu yang ini, lagu yang paling aku sayang personally disebabkan aku tulis dari hati. bukan sample dari lagu lain.

Hati ini tak mampu
menahan rasa kecewa
setelah kau pergi
ku hanya mampu menangis

aku tak mampu
membuat engkau bahgia
bukannya beerti
ku tidak hargai kamu

aku insan kekurangan
namun ku punya perasaan
mudahnya kau mainkan
cinta yang telah ku beri

cubalah kau rasanya
apa yang sedangku rasa
pastinya kau akan
mengerti siksa ku alami

hati ini mengharapkan
dirimu kembali
walaupun engkau sakiti
setiaku tak luntur padamu

rasa ini padamu
tak berubah walau sedikitpun
kernaku mencintaimu
sehingga bertemu ajalku`



"Pandangan Pertama", itu tajuk asal lagu ni. Tapi bagi budak-budak sekolah aku ramai yang tahu lagu ni dengan tajuk lain, iaitu "Kumbang". Mungkin sebab ada perkataan "kumbang" dalam lirik lagu ni dan perkataan tu paling menarik perhatian. Lagu ni aku tulis dengan ilham dari lagu kumpulan BaronBros. Nyanyian Apit & the gang. Siapa yang sebaya dengan aku mesti kenal apit dan tahu lagi "Luahan Hati". bukan dengan lagu ni je, ada lagi satu lagu dari BaronBros yang aku ambil ilham dalam pembikinan lagu aku ni. iaitu "Tak Ku Sangka Tak Ku Duga". Lagu pandangan pertama ni agak panjang sebab aku ambil ilham dari lagu tak ku sangka tak ku duga yang juga agak panjang. 
lagu ini juga yang membuat budak-budak sekolah aku mengenali aku. sampaikan cikgu-cikgu pun tahu aku tulis lagu ni. Satu hari cikgu bahasa melayu aku minta aku nyanyikan lagu ni dalam kelas. suara aku mungkin tak sesedap penyanyi asal sebab aku bukan penyanyi, tapi aku nyanyikan dengan baik disebabkan liriknya dari aku. 




Dahulu aku tak kenal dirimu
kita bertemu saling memandang
engkau berlalu, aku terpaku
sekelip mata engkau menghilang

Kemana kau pergi aku mencari
setiap masa siang dan malam
terkadang sampai ke dalam mimpi
namun bayangmu masih kelam

suatu hari bertemu lagi
ku tidak mahu lepas peluang
walaupun payah ku cuba dekati
namun engkau tidak memandang

mungkin kerana rupa
mungkin kerana nama
aku kecewa, tidak terhingga

kata orang tak kenal maka tak cinta
tapi kita hanya pandangan pertama
dari pandangan itu, berputiklah cinta kita
cinta tulus dari hati kita

Kumbang cari bunga
bunga menyahut
kumbang bertemu bunga
cinta terpaut

kau bagai permata
namun di celahan kaca
sukar untuk ku dapatkan
tak mungkin ku lepaskan


sekian saja buat masa ni, lain kali aku sambung lagi. Salam


April 11, 2023

My Song Collection Part II

 Salam

Hari tu aku ada share lirik-lirik lagu yang pernah aku buat. Tapi terbantut sebab aku menulis posting tu masa kat office. So nak kena cover-cover sikit, takut-takut ada colleague nampak. Tapi memang kantoi pun bila colleague aku yang duduk kat meja sebelah aku nampak. Hari ni aku nak sambung lagi koleksi lagu-lagu aku.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4 Januari 2021, aku tulis lirik ni obviously sempena hari ulang tahun kelahiran isteri aku. Masa tu belum jadi isteri lagi. masih bergelar tunang.

Selamat Ulang Tahun

Lagu ini ku hadiahkan untukmu
Dari hati, ku zahirkan dibibirku
kelak nanti kau jadikanlah kenangan
Bila kau dan aku menjadi nenek dan tokwan

Hari ini teristimewa buatmu
Sang puteri meraikan ulang tahun
4 Januari hari dirimu dilahirkan
Moga kesihatan buatmu berpanjangan

Selamat ulang tahun sayang
Dengarkan ucapanku buatmu
Semoga bahagia mendatang
Buatmu disampingku

Selamat ulang tahun sayang
Jangan berhenti senyum selalu
Kerna kan ku menggapai bintang
Ku hiaskan buatmu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

19 Julai 2021, merujuk kepada posting aku yang lepas berkenaan koleksi lagu aku. Lagu yang bertajuk "Kecewa", ada dinyatakan dalam kisah lagu itu bila aku ambil masa lama untuk siapkan. Tapi walaupun dah siap, aku still tak puas hati. Jadi dengan chorus lagu yang sama, aku olah lagi dengan penukaran di bahagian verse. Terhasil lah lagu di bawah ini

Mainanmu

Hari ini hari ulang tahun pernikahanmu
Juga ulang tahun penderitaaanku
Yang kau hadiahkan
Disaat kau pilih dia

Diwaktu dulu manisnya kata pujanggamu
Hanya madah cinta yang meniti di bibirmu
Tapi semua palsu
Kerana kau pilih dia

Aku bagimu hanyalah permainan
Kau mencariku tika kau keseorangan
Kau menyentuh hatiku, kau bisik kata cinta
Berjanji tuk setia

Namun engkau pergi, tinggal ku sendiri
Setelah kau temui cinta yang kau cari
Kau buat ku terluka, cintamu cuma dusta
Kau tak pernah setia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8 august 2021, sebagai seorang yang suka menulis lirik, kadang-kadang ilham itu datang tanpa dirancang. Tapi, ilham tu tak selalunya datang secara total. Kadang-kadangan dia datang sikit je. Sikit tu pun aku tulis untuk elakkan aku lupa. itu lah kisahnya kenapa lagu ni ada 2 rangkap saja.

Entah

Pedihnya hati bila ku kenangkan
semua derita yang engkau berikan
siapa diri ini yang sebenarnya
buat dirimu

Andainya aku tiada lagi di dalam hatimu
maafkanlah segala kesalahanku
Izinkan ku mengundurkan diri
pergi ku ini tak kan kembali

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10 jun 2022, Dalam semua lagu-lagu yang aku tulis kebanyakannya lagu sedih, lagu frust, lagu kecewa. Kali ni aku cuba buat satu lagu ceria yang berentak ceria. Tak ada back story sangat untuk lagu ni, lebih kepada direct story.

I Love You

Saat ku sendiri, melewati hari
Saat itu ku terpandang kamu
Cantik paras rupa, Indah tutur kata
Jelingan matamu buat ku terpaku

Sedari itu, aku dekatimu
Berharap agar kau kan membalas cintaku
Tapi aku risau, yang tergilakan kau
Bukan cuma aku tetapi beribu

Ku tuliskan puisi indah
Ku nyanyikannya untukmu
Sebagai pengganti kata
Betapa ku cintakan mu

Kau kekasih kau lah pujaan
Senyumanmu menawan kalbu
Marilahku pegangkan tangan
Dan ku lafazkan I Love You

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setakat ini saja dulu, banyak lagi yang aku belum kongsi. dan banyak lagi lagu-lagu yang ada kisah di sebalik pembikinan lagu tu. bila ada masa nanti akan aku share lagi. 

Salam


Call Me Axe

Salam

16 Mac aku start menulis kat sini, hari ni 11 april, belum pun cukup sebulan dan aku dah ubah fikiran. Berkenaan reveal identiti aku. Sebelum ni aku rasa tak nak reveal identiti aku tapi hari ni aku rasa tak menjadi masalah pun bagi aku memandangkan tujuan utama pembikinan blog ini adalah lebih kepada diari digital diri aku untuk rujukan masa akan datang. macam mana nak tulis tentang diri sendiri tanpa dedahkan identiti? so, hari ini aku nak cerita serba sedikit tentang nama pena aku " Axe".

Puncanya Adalah Abang X

semuanya bermula pada tahun 2008, aku masa tu tingkatan 1, aku bersekolah di SMK King Edward VII, Taiping, Perak. Kisah macam mana aku masuk sekolah ni pun akan aku cerita nanti. Masa aku di sekolah ni, aku stay kat asrama dan ada seorang pelajar tingkatan 6 bawah, baru masuk ke asrama masa tu. dia selalu lepak kat dorm aku. selalu jugak cerita pengalaman dia bersekolah di SMKA Kerian. Lebih kepada cerita-cerita mistik yang dia pernah dengar atau lalui. nama dia Akmal. tapi aku panggil dia abang X. aku tak pernah tanya kenapa orang panggil dia X tapi aku assume datang dari nama akmal tu. AKmal = AK = X.

Aku Join Kem

tahun 2009 aku join Kem Remaja Bestari anjuran TNB peringkat negeri-negeri zon utara. kem ni bertempat di politeknik seberang perai. kebiasaan bagi TNB untuk anjurkan kem macam ni untuk pelajar-pelajar yang tahun hadapannya akan menghadapi peperiksaan besar. so, student darjah 5, tingkatan 2 dan tingkatan 4 berpeluang untuk join. Untuk kes aku, aku akan menduduki pmr pada tahun 2010, jadi pada tahun 2009 aku boleh join kem ni. dan untuk pengetahuan semua, kem ni khusus untuk anak-anak staff TNB. tapi ada jugak pelajar lain yang dijemput contohnya untuk kem kali ni ada anak-anak yatim yang dijemput. 

bila sebut saja kem, macam biasa mesti ada grouping, aktiviti-aktiviti kebiasaan untuk kem yang melibatkan kumpulan. setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang ahli yang mana 8/9 dari 10 ahli itu dari batch yang sama dan baki lagi 1 atau 2 orang lagi adalah anak yatim yang join program ni. ditakdirkan dalam kumpulan aku tu ada 2 orang nama Faiz. iaitu aku, dari TNB Taiping, Perak dan seorang lagi dari TNB Alor Setar, kedah. Masa giliran untuk perkenalkan diri tu, faiz dari kedah tu minta orang panggil dia dengar nama Pa'it. sebenarnya nama Pa'it tu pun nama panggilan aku bila aku balik ke kampung aku di kedah. Bila sampai giliran aku untuk kenalkan diri, aku nak kan kelainan sedikit, alang-alang tak da siapa pun kenal aku dalam group tu. aku kenalkan diri aku sebagai AXE. sempena nama abang form 6 kat asrama aku, cumanya aku ubah sedikit ejaan sempena brand deodorant jenama AXE yang aku biasa dengar dalam iklan TV. 

sepanjang program tu berlangsung, semua ahli kumpulan aku panggil aku dengan nama axe. mula-mula agak kekok sebab dari kecil aku dah biasa orang panggil dengan nama sebenar aku, Faiz. bahkan nama kedua aku pun tak da orang panggil seumur hidup aku kecuali mama aku. itu pun masa aku kecik dulu. mama suka panggil aku dengan nama "cemat" yang di ambil dari nama akmal. tapi cemat tu juga datang dari perkataan "smart". berbalik kepada panggilan nama "axe", lama-kelamaan aku jadi biasa dengan panggilan tu. 

Social Media

Walaupun sepanjang kem tu orang panggil aku dengan nama axe, panggilan tu tak berkekalan disebabkan kawan-kawan sekolah aku masih panggil nama sebenar aku. dan masa sekolah dulu aku ada nama panggilan lain, iaitu Badut. kenapa badut? nanti aku cerita bila aku sentuh topik sekolah nanti. Tahun 2008, masa tu kebanyakan orang memang dah mula aktif di media sosial contohnya Friendster, MySpace dan Facebook. Bagi aku yang bukanlah IT savvy sangat masa tu, dan akses internet jugak agak terbatas bagi aku masa tu, so aku tak la aktif ber media sosial. cumanya aku ada minta kawan baik aku untuk createkan account Myspace untuk aku. Bila nak create account ni kena ada email address. email pun aku tak pernah ada, aku minta kawan aku buatkan dengan nama faiz_bropoyo@yahoo.com. Sedang aku mula berjinak dengan MySpace, kawan-kawan aku pulak mula beralih ke Facebook. Satu hari aku create sendiri account facebook aku guna email yang sama. dari situ aku mula connect dengan kawan-kawan sekolah aku, bahkan kawan-kawan aku dari sekolah rendah pun aku jumpa di situ. Basically ada suggestion di ruangan "People You May Know" tu memang aku tekan je "Add as Friend".

Alter Ego

Kalau Bruce Wayne, sebuah watak dari komik DC ada alter ego sebagai sorang adiwira bernama BATMAN, begitu juga aku. Selepas setahun aku bermain dengan facebook, aku rasa itu bukan diri aku yang sebenar. Macam yang aku cerita pada posting aku yang pertama, aku bukan seorang yang suka menonjolkan diri. Istilah yang sering aku kaitkan dengan diri aku adalah "Low Profile Person". Bila di media sosial, kita share posting orang lain, kita komen di mana-mana posting, orang dapat tengok siapa kita. Jadi perkara itu buatkan aku rasa aku perlukan satu lagi account yang aku boleh jadi anonymous. so, aku create satu lagi account anonymous menggunakan nama Axe Tpg. Tpg merujuk kepada bandar kelahiran aku, Taiping. Profile picture aku masa tu cuma gambar sebuah motor kapcai yang diubah suai. macam biasa, aku add semua yang aku nak dan juga ada yang add aku, aku accept semuanya. 

Kapak

satu hari ada seorang gadis add account alter ego aku. aku accept friend request tu macam biasa. cumanya kali ni gadis ini tegur aku di ruangan chat. ayat pertamanya "cantik motor". aku reply "bukan motor saya". dari situ bermulanya perkenalan aku dengan seorang gadis yang membuka satu lagi pengalaman hidup bagi diri aku. Diringkaskan cerita, hampir setiap hari aku chat dengan gadis ni. perbualan demi perbualan yang berlalu membuatkan aku semakin selesa dengan gadis ini dan aku decide untuk beritahu nama sebenar. Tetapi pada satu malam, bila aku chat dengan dia, tika hendak tamatkan perbualan sebab dah lewat malam, instead of panggil aku dengan nama faiz, dia panggil aku "kapak". Aku jadi confuse dan agak blur masa tu. kenapa kapak? bila gadis tu explain kapak = axe dalam bahasa inggeris, barulah aku faham. 

My Alter Ego is No More

Bila aku form 4, aku tukar sekolah. aku masuk SM Teknik Ipoh, Persiaran Brash. Tahun pertama dilalui dengan normal sampailah ke pertengahan tahun, aku terpilih untuk menjadi pengawas. dan dari semua pengawas yang terpilih, dibahagikan kepada 4 kumpulan. aku di masukkan dalam kumpulan Alpha. secara kebetulan, dalam kumpulan Alpha ni ada 3 orang dengan nama faiz. aku, Faiz Akmal, Faiz Kamaruddin dan Faiz Zakwan. Hari ice breaking untuk para pengawas, disebabkan ada 3 orang nama faiz, setiap seorang perlu ada nama panggilan lain untuk mengelakkan kekeliruan. Faiz Kamaruddin dengan sukarelawan nya minta orang panggil dia dengan nama Mickey. Sementara Faiz Zakwan pula di beri nama Ustaz disebabkan penampilan dia yang agak ke-ustaz-an. sentiasa bersongkok. Manakala aku, belum pun sempat aku perkenalkan diri, kawan aku si Mickey jerit nama "Kapak". 

Untuk pengetahuan, Mickey ni antara kawan yang agak rapat dengan aku, jadi banyak kisah aku yang aku share dengan dia. Dan dia adalah antara yang terawal tahu gelaran Axe dan cerita gadis yang panggil aku Kapak. dan disebabkan mickey, seluruh pengawas yang ada mula panggil aku kapak. dan perkara ni tak terhenti disitu, akhirnya satu sekolah panggil aku dengan nama Kapak. 

Call me Axe

Sejak aku habis sekolah, aku sering guna nama Axe untuk apa-apa urusan tidak formal. contohnya alamat email tak formal, nama account media sosial dan lain-lain. Bahkan dalam blog aku yang terdahulu pun aku bahasakan diri sebagai axe. aku selesa dengan nama tu. mungkin ada sedikit kisah pahit yang terpalit di sebalik nama itu tapi aku tak kisah sebab axe adalah kapak. purposenya adalah untuk memotong sesuatu seperti kayu, mungkin memberi kesan kepada kayu itu atau mungkin menjadikan kapak itu tumpul dan calar, akan di asah dan kembali menjalankan tugaskan sebagai kapak tanpa pedulikan kayu-kayu yang menjadi ujian baginya. So, call me Axe.

Salam